Friday, July 23, 2010

Sayur Goreng Rampai


Since taugeh pun banyak, tauhu pun banyak, gara2 tak sempat nak goreng mee during the kenduri..jadi kita pun ada banyak taugeh and tauhu overstock ler..so decided to buat sayur aje and goreng them..recipe again from CMG,..sempoi lagi..thanks ya che mat again..


 BAHAN-BAHANNYA :-)
2 camca besar ikan bilis, cuci dan toskan
2 tube tauhu jepun
1/2 biji capsicum merah, hiris kasar
1/2 biji capsicum kuning, hiris kasar
1/2 biji capsicum hijau, hiris kasar
2 cawan taugeh (jika suka)
3 tangaki kacang panjang, dipotong2
4 batang putik jagung, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris kasar
4 ulas bawang putih, dititik
5 kuntum cendawan butang segar, hiris kasar
4 kuntum cendawan shitake segar, hiris kasar
2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bilis digoreng hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan. Tauhu jepun dipotong 8 setiap tiub dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram. Masukkan cendawan butang dan shitake, goreng hingga harum. Tuang sedikit air.
  3. Masukkan sayur2 lain kecuali ikan bilis. Kacau rata dan tambah sedikit garam jika perlu. Bila sayur sedikit lembut, boleh diangkat dan taburkan ikan bilis tadi. Hidangkan segera.
Sources:-From tiffinbiru.blogspot.com

No comments: