Tuesday, August 31, 2010

Roti Bawean aka Pizza Bawean -17th Day Iftar

Roti Bawean aka Pizza Bawean aka Roti Boyan ni, sungguh mengenyangkan!..Makan satu sudah cukup kenyang lor..this time memang buat sambal tumis ikan bilis to go along with it..as compared last year kita kenakan dengan sambal ayam..hehe...Recipe tetap sama juga dari Bro Rozzan..

Kali ni I buat kelim2 macam epok2 gitu..tapi tak buat pusing macam epok2 pusing lah..kita canai bulat terus aje...then isikan fillingnya then cantumkan...Thanks bro for the recipe, memang I selalu gunakan recipe yang ini untuk buat roti ni..

Bahan-Bahan Kulit
650 gm tepung gandum
320 ml air suam-suam panas
60 ml minyak sayur
2 sudu makan minyak sapi
½ sudu teh baking powder
1 sudu teh gula
½ sudu teh garam

Cara:Satukan air suam panas, minyak, minyak sapi, baking powder, gula dan garam di dalam sebuah bekas. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yg lembut. Buatlah beberapa bebola mengikut saiz yg anda inginkan. Biarkan sebentar.

Bahan Inti
1 kg kentang (dibersihkan & direbus hingga empuk, kemudian buang kulit dan lecek)
3 biji telur (kocok sedikit)
sedikit daun sup/bawang (dihiris)
2 biji bawang besar (potong dadu)
sedikit sayur campur (optional)
secukup lada putih serbuk
garam secukup rasa

Cara
Gaul semua bahan dan sesuaikan rasanya.

Cara Membuat Roti Bawean (1)
Canai satu bebola doh yg direhatkan tadi hingga menjadi sekeping bulatan. Isikan dgn inti dan lipatlah menjadi persegi empat. Goreng diatas kuali leper seperti menggoreng roti canai.Bubuh minyak sekali-sekala dan angkatlah setelah Roti Bawean ini kekuning-kuningan.


Cara Membuat Roti Bawean (2)-(This time Ayu cuba yang ini)
Ambil dua bebola doh. Satu di canai leper menjadi sekeping bulatan. Yg satu lagi dicanai nipis sekali menjadi bulatan besar. Kemudian bubuh minyak sedikit ke atasnya. Setelah itu, doh dilipat-lipat dan disusun seperti siput. Rehatkan sebentar. Setelah itu canai semula menjadi leper. Ambil doh pertama tadi dan bubuh inti. Kemudian tindihkan dgn doh kedua ini dan tutup dgn kemas lalu dikelim. Goreng hingga masak.
Sources:-From rozzan.blogspot.com

Udang Rock & Roll

Another lauk for sahur hari tu..recipe also from Kak Ummi Kuantan..dah ramai blogger friends yang try this recipe, so kita pun curious juga nak rasa macam mana..Although  some of the ingredients tak ada....tapi rasa tetap sedap...tengoklah udang I tu, semuanya tak pakai baju..maklumlah sahur2 budak2 tu makan, senang masuk ngap aje..tak payah kita kopekkan...hehe..

Bahan:-
  • 500 gm udang (udang besar - akak guna udang galah)-(Ayu gunakan udang medium size aje)
  • 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 2 sudu besar minyak
Bahan-Bahan Untuk Sos:-
  • 1 sudu besar taucu biji
  • 2 sudu besar cili padi yang dicincang
  • 2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang (*akak x letak)-(Ayu tak letak)
  • 2 sudu besar cendawan butang yang dicingan-(Ayu tak letak)
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
  • 200 ml air
  • 3 sudu besar minyak
  • sedikit minyak bijan
Cara Memasak:-

  1. UDANG :- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang.. Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan. Masak sos seperti di bawah

  2. BAHAN SOS :- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi, taucu, sawi jeruk dan cendawan cincang tadi. Kacau dan masukkan bahan2 sos yang dicampur tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan bila sos nya agak pekat tutup api. Tuangkan ke atas udang tadi dan gaul rata. Hidangkan..
    Sources:-From ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

Kacang Panjang Goreng Ala Thai

Salam, 1 Malaysia!!..Happy Merdeka!!..Hari ni holiday ya kat Malaysia..wah ada yang gunakan kesempatan ni untuk berbelanja dan buat kuih raya ya..kita kat sini belum lagi apa2 ..nak buat kuih apa belum tahu lagi ni...apatah lagi nak beli bahan2 kuihnya...biasalah kita kan last minute queen..bila dah dekat barulah feel the pressure, then baru gelabah..selalu kena marah dengan Mr Hubby and my mum..hehehe..

Apa2pun ini adalah lauk sahur beberapa hari yang lalu....recipe from Kak Ummi Kuantan. 
Sedap juga lauk ni ..macam ala2 tomyam pun ada..laju aje semua makan, kids biasalah makan ayamnya aje..yang tua2 ni makan kacang panjangnya..I made berkuah sikit so tak letak tepung jagung..Thanks kak for the recipe..I put up here juga ya..


Ingredients:-
10 urat kacang panjang - patah2kan 2 inci
1 biji bawang besar - hiris tebal
3 ulas bawang putih - ketuk
1 batang serai - ketuk
3 helai daun limau purut
1 keping isi dada ayam - potong kecil
1 biji cili merah - buang biji dan cincang halus-(Ayu gunakan beberapa cili padi hiris)
6 biji cili kering - kerat2
2 sudu besar sos ikan
1 sudu teh gula pasir
sedikit air
garam secukup rasa
1/2 sudu besar perahan limau nipis
1 sudu teh tepung jagung + 1 sudu teh air

Method:-
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili kering dan serai hingga naik bau. Masukkan isi ayam dan kacau separuh masak. Masukkan cili merah, sos ikan, air dan daun limau purut. Masukkan kacang panjang dan garam, kacau rata. Bila kacang telah 3/4 masak, masukkan bancuhan tepung jagung dan perahan limau nipis. Kacau rata, tutup api.
Sources:-From ummizaihadi-homesweethome. blogspot.com

Monday, August 30, 2010

D'Styled Macaroni & Cheese -16th Day Iftar

As usual, buntu nak buka apa...kita buat ni ajelah for 16th day iftar...last ramadan pun pernah buat ni...siap dengan gambar belum masaknya  disini....for the warga emas(my mum), yang tak makan cheese, I tak letak cheese sos and cheese taburannya cuma pasta & sosnya aje..

Bahan-bahannya (Untuk 3 loyang kecil aluminium)
1 paket (500 gram) San Remo macaroni spiral/ elbow

Bahan untuk Sos Pasta
500 gram daging cincang
2 – 3 tin Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce
1 tin cendawan butang, dihiris
2 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
7 tangkai cili padi thailand, dihiris nipis
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Bahan untuk Sos Cheese
1 buku (250 gram) keju cheddar jenama kraft, diparut
600ml susu segar
250 ml air
3 sudu makan mentega
4 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam

Bahan untuk Topping
1 buku (200 gram) mozarella cheese, diparut 

Cara-caranya
1. Didihkan air secukupnya didalam periuk. Masukkan 2 sudu makan minyak (ini agar macaroninya tidak melekat). Rebus sehingga macaroninya lembut. Angkat, toskan dan ketepikan.
2. Cara untuk Sos Pasta: Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili padi thailand dan juga bawang besar dan tumis sehingga naik bau dan layu.
3. Masukkan pula daging cincang dan bila ia telah bertukar warna, masukkan pula cendawan butang.
4. Masukkan pula Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce dan lebihan sos yang didalam tin dimasukkan sedikit air dan dimasukkan sekali. Setiap tin sos yang D gunakan D tambahkan 1 tin air. Ini agar sosnya banyak dan bila digaul dengan macaroni ia lembab dan tidak terlalu kering.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan juga serbuk perasa jika suka. Masak sehingga kuahnya mendidih dan rasa lagi kuahnya jika kurang perasanya tambah sepatutnya. Ketepikan.
6. Cara untuk Sos Cheese: Panaskan periuk. Masukkan mentega dan gunakan api yang sederhana kecil. Bila mentega telah cair. Masukkan tepung dan menggunakan whisk kacau tepung tersebut sehingga ia sebati dengan mentega. Dikacau selalu untuk mengelakkan tepung dari hangus.
7. Kemudian masukkan pula susu segar sedikit dan larutkan adunan tepung bersama mentega tadi dengan menggunakan whisk (ini untuk mengelakkan tepung dari bergentil-gentil). Bila tepung telah sebati dengan susu tadi masukkan lebihan susu segar dan juga air. Dikacau dengan whisk selalu agar tepungnya tidak melekat pada dasar periuk dan hangus nanti sos cheese jadi tak sedap.
8. Bila sosnya mula mendidih sikit. Masukkan keju cheddar yang telah diparut dan kacau sehingga ia larut. Masukkan juga serbuk lada hitam. Dan bila ia mendidih sepenuhnya, padamkan api dan sos cheese telah pun sedia. Ketepikan.
9. Cara menyediakan Macaroni and Cheese: Sos pasta yang telah disediakan tadi dimasukkan macaroni yang telah direbus dan gaul rata. Ia hendaklah tidak terlalu kering. Macaroni yang disalut dengan sos pasta haruslah lembab-lembab sedikit
10. Sendukkan macaroni kedalam loyang aluminium. Kemudian tutup permukaan macaroni dengan sos cheese secukupnya. Kemudian taburkan dengan mozarella cheese yang telah diparut.
11. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180’C sehingga permukaannya kekuningan. Angkat dan enak dihidangkan panas.
Nota D:Macaroni ini boleh disediakan terlebih dahulu. Tuang sos cheese dan topping mozarella. Kemudian anda boleh tutup dengan plastik cling wrap dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak hidangkan, keluarkan dan biarkan pada suhu bilik dan bakar dalam ketuhar. Tapi sebaiknya buat fresh dan bakar lagi sedap…..
Sources:-From resipidiana.blogspot.com

Apam Balik II


Made this apam balik, sebab ada balance jagung dari buat serimuka jagung the day before...I made the homemade cream corn  yang resipi ada disini...Sebelum dah pernah buat apam balik ni, tapi resepi yang lain yang menggunakan susu, bila ternampak kat rumah Ika Bangkok, nak cuba pula yang tak pakai susu...

Buat apam ni pun almost ter-misadventure sebab terlupa nak letak baking powder, until last minute dah gaul semua, dan I tapis baru teringat baking powder belum letak..nasib baik...Alhamdullilah, apam balik ni sedap and yes macam kat pasar malam rasanya according to Ika...the previous resepi kena perap, tapi yang ni kalau nak perap pun boleh juga...terpulang pada masinglah....Rasanya2 next time nak gunakan resipi yang ini ajelah...Minta halal dan izin untuk letak disini juga ya, Thanks Ika for promoting...nanti  akak kasi commission ya..hehe..


Ingredients:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

 Method:-

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba! 
Sources:-From ms oreo@myresipi.com

Friday, August 27, 2010

Bol Kentang -15th Day Iftar


Dulu2 I tak berapa reti sangat makan bol kentang ni..tapi bila I was introduced by my neighbour, terus suka pulak...during the late 80's & early 90's, I kan tinggal kat Geylang..so dekat dengan Haig Road Hawker centre..selalu juga beli kat kakak ni yang famous dengan popiah basah & popiah gorengnya, and also this Bol kentang...Recipe taken from Diana, yang senyap aje sekarang...

"Bol Kentang diberi nama kerana bebola yang diperbuat dari kentang yang telah ditumbuk lumat dan diisi dengan inti daging cincang. Ia kemudian dihidangkan dengan sup yang telah disediakan dan yang penting hirisan bawang dan juga timun adalah sampingan yang mesti ada untuk juadah Bol Kentang, selain dari taburan bawang goreng dan juga hirisan daun sup."..quote from Diana's blog.

Apapun2 recipe ni memang kena dengan my family nya tekak..my mum makan sampai 2 biji bol tu..hehe..
tapi kena ada sambal cilipadi kicapnya tu lah, baru ada kick!...Cuba part nak menggorengnya tu I tak ikut Diana, celup dalam tepung, I cuma celup dalam telur lepas tu deep fried kan dia macam kita goreng bagedil...
Thanks ya Puan Diana for this recipe yang sedap


Bahan untuk Kuah
2kg kentang, kupas kulitnya, potong bulat, goreng dan tumbuk lumat
1/2 kilo daging tetel, dibersihkan
4 liter air
4 sudu makan kicap lemak manis
4 kelopak bunga lawang
5 batang bunga cengkih
1 batang (5cm) kayu manis
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk intinya
750 gram daging cincang-(Ayu gunakan 500g aje)
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Bahan untuk dikisar
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu makan serbuk lada putih
8 biji buah pelaga
1 batang (5cm) kayu manis

Bahan untuk Kulit Bol-
2 cawan tepung gandum
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit pewarna kuning
(Ayu tak buat yang ini  - cuma celup telur, bubuh garam sikit aje macam nak goreng bagedil)
Untuk Hiasan
Timun, kupas kulitnya buang hatinya dan hiris
bawang besar yang dihiris
daun sup
bawang goreng
Setelah digaul kentang & daging..dikepal2 macam bola, ikut suka hati nak besar mana bol nya tu..

Cara untuk Inti Bol Kentang
1. Buah pelaga dan kayu manis untuk bahan kisar ditumbuk menggunakan batu lesung sehingga separuh lumat. Kemudian dikisar bersama bahan-bahan yang lain.
2. Ambil 3 sudu makan rempah dan ketepikan untuk bahan membuat inti bol kentang. Lebihannya diketepikan untuk membuat Kuah Bol Kentang.
3. Rempah yang telah diambil 3 sudu makan, ditumis dengan sedikit minyak. Setelah naik bau, masukkan daging cincang, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka. Masak sehingga air daging kering. Angkat dan ketepikan.

Cara untuk Kulit Bol Kentang
1. Tepung dibancuh dengan air secukupnya bersama garam dan pewarna kuning. Bancuhan tepung haruslah macam kita hendak menggoreng pisang tapi pekat sedikit.

Cara-caranya untuk membuat Bol Kentang
1. Kentang dikupas kulitnya, dipotong bulat dan digoreng. Kemudian ditumbuk sehingga lumat. Ketepikan.
2. Ambil kentang yang telah ditumbuk lumat, isikan dengan intinya dan dibentukkan bulat. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, celup bol kentang yang telah dibentukkan dalam tepung dan digoreng. Sebaiknya minyak mesti banyak dan panas bila menggoreng bol kentang. Biarkan bol kentang supaya ia garing, barulah diterbalikkan. Angkat dan ketepikan.

Cara untuk Kuah Bol Kentang
1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka dan juga kicap. Masukkan daging tetel dan air. Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih.
3. Setelah kuah mendidih, siap untuk dihidang.

Cara menghidang Bol Kentang
1. Letakkan 2 biji bol kentang dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya, hias dengan timun, bawang, daun sup dan bawang goreng.
Sources:-From resipidiana.blogspot.com

Bila nak suap, runtuhkan bol tu dan suap sekali dengan supnya dan bahan2 hiasan tadi.

Pulut Serimuka Jagung

Pencuci mulut for 15th day iftar...recipe taken from Mamahawa..originally from Kak Rusnah fotopages saw the other day, terus berkenan rasanya sedap& kena  pada I...memang  tak adjust apa2 pun sukatannya, cuma tambah 1 tbsp lagi  jagungnya tu sebab kita suka jagung..... tapi I guessed yang kuat manis tu boleh lah tambah gula lagi ya...sebab kuih ni manis2 buah gitu...which my family suka....

Tapikan...I must admit, I shouldnt have terapkan kuih ni macam kat atas..sebab when I did that the jagung all terikut and jadi tak cantik gitu..ingatkan nak kasi cantik lagi..tapi lain pula..hehehe.. tak apalah better luck next time..
Anyways, minta izin I letakkan recipenya kat sini ya. Thanks mama, for promoting and thanks Kak Rusnah for the nice recipe..Thank you both ladies for sharing...


Bahagian bawah
1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan
1 1/2 cwn santan
sedikit garam dan gula
1 st butter
Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit.

Bahagian atas
2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja)
1/3 cwn gula pasir
1/2 cwn santan pekat
1/3 cwn susu cair
2 sb tepung gandum
1 sb tepung custard
sedikit garam dan vanilla
sedikit pewarna kuning
2 sb jagung cream
Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit. 

Sources:- From mamahawa.blogspot.com & originally from Kak Rusnah fotopages 

I terapkan to smaller stars pula..selekeh betul nampaknya ..cause my acuan terap tu tak tinggi kuih tu so when terap, kedalam, terkena sememeh atasnya tu..

Crabstick & Sausage Popiah

Side menu for the kids...Crabstick popiah,...the easiest and fastest snack for them cause they tak makan kuih muih yang berpulut2 tu...

 Sausage popiah, also senang..just thawed the sausage from the freezer, wipe dry and roll macam popiah aje ler..then goreng... No need recipe for this kan..kan..kan..

Ayam Sambal Kari

Lauk ayam for sahur, lepas kenyang berbuka,  buntu balik, sebab fikirkan nak masak apa for sahur...this time cuba resipi yang ini pula...sedap jugalah pada I, cuma, cili kisarnya tu boleh dikurangkan kalau tak nak pedas especially for the kids...masak ni dengan masak air fishballs & telur aje..

Ingredients:-
1/2 ekor ayam (potong 8) 3 sudu rempah kari daging-
1 labu bawang besar + 3 ulas bawang putih + 1 cm halia - jg dikisar.
Garam gula dan sedikit air asam jawa.
2cm kulit kayu manis dan 2 kelopak bunga lawang.
3 senduk cili kering yg telah dikisar
1 senduk minyak utk menumis.

Method:-
Gaul ayam dengan serbuk kari.perap 20mnt.
Tumis kulit kayu manis dan bahan2 kisar.Masukan cili.Masak sampai pecah minyak.
Masukan ayam.Masukan secawan air.
Masak sampai ayam empuk baru masukkan garam,gula dan air asam. masak sampai pecah minyak atau kering sedikit.
Sources:-From syila cute07@yahoo@myresipi.com

Thursday, August 26, 2010

Laksa Spaghetti -14th Day Iftar

Laksa this time I used spaghetti instead of the laksa noodles itself...tengok kat a few blogs yang gunakan spaghetti untuk laksa teringin juga nak rasa difference dia..boleh tahan sedap juga ya..selama ni kita ni asik gunakan mee laksa aje, maklumlah..some of the occupants kat rumah ni kan very conventional...kalau laksa tu die2 must use laksa mee..hehe....recipe I still use my mum recipelah..sebab, takut kang kalau something new tak nak pulak makan...haishh..
As usual, kerang, telur burung, tau pok & fish cake mesti ada....heheh

Ingredients:-
1 kg laksa boiled and drained leave to cool-(1 packet spaghetti boiled w/ some salt & some oil)
4 horse mackerel (ikan selar besar) boiled and take the meat, don't throw the balanced water
3 tbsp kerisik
400ml coconut milk (2packets)
*5 garlics
*2 inches ginger
*2 big onions
1-2 dried tamarind sliced(asam keping)
1 tbsp blended chili
2 lemongrass crushed
1 inch galangal crushed
2 tbsp fish curry powder
water to estimate

3 pieces fishcake sliced
4-5 taupok sliced
10-20 quail's eggs, boiled
500g cockles boiled (optional)
Garnishing:-
blanced bean sprout
cucumber sliced thinly
laksa leaves sliced(daun kesum)
lime
big onion sliced thinly
sambal tumis

Method:-
Scrap boiled fish meat and throw away bones. Blend fish meat in blender with the balance fish water. Heat oil and saute all the blended ingredients*cili boh, curry powder, lemon grass and galangal stir well. Add in the blended fish and put in the coconut milk, water. Leave it to boil and add in dried tamarind, sugar, kerisik and salt to taste.Stir well, Add in fish cakes, taupok, quails eggs and cockles. If to thick add some more water. Leave to boil.
When ready, scoop laksa and laksa gravy top with garnishing. Serve hot.

Samosa

Inti samosa ni adalah balance dari Kheema yang makan dengan capati hari tu..so capatinya dah habis,  nak uli lagi malas..so I made this samosa to tambah2kan menu....baru ni 1st time lipat samosa..hehe....saw the steps here....Thanks Bro Rozzan..tapi kita punya tak triangle sangat..ada jadi trapezium lagi ada..hehe

Tumis Sardin Sotong

Salam, as far as you guys know that my family berbuka puasa preferred to makan mee or sewaktu dengan nya dan tak berapa sangat dengan nasi..so jarang sangat fikirkan nak masak lauk apa untuk berbuka....

Normally for me I will think about the lauk way after berbuka then baru masak malam2..hehe..so hari tu dah pukul 11 malam, masih belum ada idea nak masak lauk apa..udang, sotong, ayam semuanya keras kekau dalam freezer..so penghabisannya..masak aje sotong sardin ni..hehe...ish nasib baik laku time sahur ..
Kalau nak tahu sardin sotong yang I gunakan, boleh lihat disini..

Ingredients:-
1 can Seasoned cuttlefish w/ soy sauce(rinsed slightly and slice)
2 tbsp chili paste
1 tsp minced garlics
1 tsp minced ginger
1 big onion sliced
5-6 birds eyes chillies( if want hot put more)
2 tsp black pepper powder
3 tbsp sweet soy sauce
1 tbsp black soy sauce
3 lime juice
salt and MSG to taste

Method:-
Heat oil in wok and saute onions and bird eyes chillies till soft. Add in minced ginger, garlics and stir well. Add in chili paste and let it till oil goes up the surface. Add in black pepper powder, sweet soy sauce, black soy sauce and stir. Add sliced cuttlefish and squeeze lime juice, add salt and MSG to taste. Stir till incorporated . Ready to be serve.

Wednesday, August 25, 2010

Capati & Kheema II -13th Day Iftar

Kembali keudara, bersama capati pula..hehehe..wah marathon hari ni ya..kakakah..tulah sebab busy punya pasal tak boleh update, semua ni dah back log..hehe.....capati ku yang susah betul nak dapat round shape, mesti terlonjonglah, terkoyaklah..tapi yang pasti ia tetap rasa capati...haha..bedal aje masuk perut dah tak nampak roundnya tu....


Ingredients:-
450g fine wholemeal flour-(atta flour)
2 tbsp cooking oil
1-11/2 cup water with 1 tsp salt

Method:-
Sieve flour into a bowl. Make ahoolow in the centre and pour oil into it. Rub oil into flour then add half the amount of water. Knead well for 10 minutes to form a soft dough.
Add the rest of the water gradually.Knead for another 10 minutes then cover with damp cloth and leave to satand for 45 minutes- 1 hour. Divide dough into balls the size of walnuts. and roll each on lightly floured board into thin, round pancakes.
Heat griddle or heavy-based frying pan. When very hot, put one capati on it. When small blisters appear on the surface, cook other side. Leave for a second then press lightly brown, remove and wrap in a tea till ready to serve. Brush a little ghee or oil on one side before serving.(Optional)
Note:-Leaving the dough to stand before rolling, and pressing chapatis with a tea towel while coking make the chapatis light.
Sources:-From Zarina easy cooking


Kheema
Ingredients:-
230g minced beef or mutton
*4 slices ginger(each 1cm thick)
*3 garlics
(*grind to fine paste)

3 tbsp meat curry powder
2 cups water
salt & msg to taste
1 small bunch coriander leaves-chop
120g green peas
1 green chillies-slice thinly
2 medium sized potatoes-peel & diced
2 medium size toamtoes-diced
1 big onion -diced

1/2 onion sliced thinly
3 cardamons
4 cloves
1 stick cinnamon-4cm long
6 tbsp oil
(ingredients for frying)

Method:-
In a bowl combine minced meat with ginger-garlic paste. curry powder, salt and 1/2 cup water from allowance.
Heat oil add ingredients for frying. When onions are brown, add minced meat and fry till fragrant. Add potatoes, stir then add 11/2 cups water and bring to boil. Cover and continue cooking till potatoes are soft, stirring now & then. Add tomatoes, onion, peas and chilli, cover and cook for 3-5 minutes. When serving, sprinkle with chopped coriander leaves.
Sources:-From Zarina easy cooking

Bubur Som Som - 2 Recipes

Dessert which Mr Hubby requested...also during Ramadan baru minta buatkan..hehe ..the recipe below, was edited... the last time, I think I tersalah letak air for the sugar tu terbanyak sangat..so tercairlah siapa yang buat tu..sorry banyak2 ya...so this time I letak anggaran air gulanya tu terpulanglah how much pekat consistency preferred and the gula pun terpulang berapa manis nak..

The above, I just saja2 letak gula melaka nak kasi dia ada colour sikit...kalau tak macam air aje nampak air gulanya tu..hehe..

Ingredients:-
Recipe 1.
100g rice flour
25g Hoen Kwee flour
1 packet coconut milk(200ml) + water (500ml)
salt to taste
Method:-
Mix all the ingredients in a bowl till incorporated. Strained and put to boil in a saucepan. Stir till mixture thickens. When it starts to cuddle, turn off heat. Transfer mixture into a 7" tray and using the ladle to flatten it .Steam the mixture in a steamer for 30 minutes or till cook.

Recipe 2.
1/2 cup rice flour
1/2 cup corn flour
1200ml coconut milk (450 -500 ml thick coconut milk + rest water, mix)
Salt to taste
Pandan leaves.

Method same as above.
Cook till thickens & bubble up like kuih kole2.Arrange in moulds & let it cool. No need steam for this recipe.

SUGAR SYRUP:-
250ml -500ml water-sorry just edited-depends how thick or thin preferred

1-2 pandan leaves
6 tbsp sugar-(Up to taste)

Put all the ingredients to boil to form sugar syrup.Boil till slightly thickens.

Cut the rice cake and top with sugar syrup to go along with it. Ready to be serve.

Daging Cili Daun Kunyit

Lauk sahur lagi..I made 1/2 kg aje...wangi lauk ni dengan bau daun kunyit and boleh tahan sedap rasanya....Noticed tak, bulan puasa ni my menu mostly berdaging, bersotong, berudang and berayam kan..ikan macam tak berapa jalan ler..hehe...

Bahan A:-
Daging 1 kilo
Gula 1 sudu teh
Air asam 1 sudu besar
Minyak secukupnya
garam dan ajinomoto
Daun kunyit yang lebar 2 keping dihiris nipis atau dikoyak-koyakan sahaja.


Bahan B:-
Lada 30 tangkai,
bawang putih 5 ulas
Kisar dengan sedikit air.



Method:-
Daging direbus(Ayu letak halia kisar sikit supaya tak hamis) dan diris nipis kemudian goreng sehingga agak garing (jgn garing sangat nanti keras)dan ketepikan. Panaskan minyak goreng daun kunyit sehingga naik bau, setelah itu masukkan bahan B, air asam, gula, ajinomoto, goreng sehingga pecah minyak.Setelah sesuaikan rasa, masukkan daging yang digoreng selama 2 minit. 
Sources:-From noorcahaya@mesra.net

Hainanese Fried Noodles -12th Day Iftar

Wanted to try something different from my normal mee goreng..saw this in a book..gave it a go and siap untuk iftar yang ke 12 hari tu...very fast to prepare and easy too...biasalah juga selalu I kan ni last minute baru decide nak masak apa..last2 ha ni ...1-2 hour before iftar...confirm tak pedas and the kids boleh makan ni..of course jangan letak cili jeruknyalah..hehe

Ingredients:- Serves 4
500g fresh yellow noodles
2 tbsp oil
4 cloves garlic, roughly chopped
100g(1/2 cup) chicken breast, thinly sliced
100g (1/2 cup) medium size prawns, shelled
100g(1/2 cup) fish cakes, thinly sliced, or fishballs, halved
200g mustard greens(sawi) or pak choy cut in 4cm lengths

Garnishing:
2-3 tbsp fried shallots
3 red chillies or 10 bird's eyes chillies thinly sliced

Gravy:-
1 tbsp light soy sauce
1/2 tbsp dark soy sauce
1/2 tbsp oyster sauce
1 tsp sugar
1/2 tsp salt
1/4 tsp ground pepper
200ml water

Method:-
In a small bowl, stir together all the ingredients for the gravy and set aside.
Place noodles in a colander and rinse quickly under running water. Drain and set aside.
Heat oil in a wok and fry garlic until golden brown. Add sliced chicken, fry over high heat for 2 minutes until firm, before adding the prawns and fish cakes(or fish balls). Stir fry for 3 minutes and add the mustard greens. Tos until wilted, about 2 minutes.
Pour in the gravy mix, allow to boil and add the noodles. Cook over medium heat for 3 -5 minutes. Turn off heat and transfer noodles onto serving plates. Scatter fried shallots(if using), over the noodles and serve immediately. Serve sliced chillies separately.
Sources:-From Malaysian hawker Favourites

Sambal Udang & Terung Pipit

Lauk sahur cum dinner aka lauk untuk my dad yang lepas buka dalam pukul 9+ cari nasi..hehe..honestly, ini kali pertama makan terung pipit!!..terung pipit ni ada sebesar kacang peas..bila makan ni kunyah terungnya krap krup krap krup...pelik juga pada mula rasanya..hehe..tapi lepas tu dah ok...bayangkan dah masuk asar baru ni first time cuba makan terung ni..haha..SUAKOO(jakun) ler..

Recipe biasalah dari CMG, lauk2 semuanya best2 dan simple especially masak dibulan puasa ni..thanks ya CheMat, thanks juga introducekan akak terung pipit ni..hehe

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan terung pipit
1 cawan udang
1/2 cawan jus asam jawa
2 cawan cili kisar
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci terung pipit, tumbuk sedikit (sekadar pecah2 sahaja) dan udang dikupas, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan terung pipit tadi. Tambah jus asam jawa dan biar mendidih sehingga terung pipit lembut.
  3. Masukkan udang dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat dan rasa, jika ok boleh matikan api...Hidangkan bersama nasi hangat.
Sources:-From tiffinbiru.blogspot.com

Deep Fried Oyster Mushrooms

Side menu for iftar.. just to tambah2kan makanan on the table..dah lama tak buat ni...biasalah bulan puasa ni semuanya teringin nak makan..I used about 3 packets for this adunan..
Bahan Kisar:-
4 ulas bawang putih
2 sudu makan ketumbar
Bahan A:-
2 cawan tepung beras
1 cawan potato starch
1 telur
1/2 sudu teh soda bikarbonat
garam n perasa (jika suka)
air secukupnya
Campurkan bahan kisar dengan bahan A. Buat macam adunan goreng pisang. Celup mushroom dalam tepung dan goreng.
Sources:-From yummylicious-jun.blogspot.com or R.net.com

Monday, August 23, 2010

Bamiah Arab - 11th Day Iftar

This bamiah is another version compared to the last time I made..the last time I used the readymade rempah bamiah....this time tak gunakan tu, just use bahan2 yang biasa ada didapur...I guessed for those kawan2 yang di Malaysia, rempah bamiah rasa2nya tak ada dijual disana kan..so boleh lah cuba bamiah yang ini ...

Ingredients:-
600g topside beef- roast in dry pan over low heat
3 tbsp coriander powder
2 tsp cumin seeds-Ayu used powder
1 tsp fennel seeds-Ayu used powder
12 dried chillies

1 tsp white peppercorns
1 pieces dried turmeric (size of almond)-Ayu used  turmeric powder
*4-5 cloves garlics
*1 piece ginger(size of walnut)
(*grind to fine paste)
salt to taste
3 tbsp ghee or 5 tbsp oil
2 cups water
1 tbsp tomato paste-(Ayu used tomato puree)

*1 medium sized onion-slice thinly
*1 stick cinnamon
*3 cardamons
*3 cloves
*4 tbsp ghee
(*ingredients to be sauted)
300g small ladies fingers(okra) -cut off top and tail and slash half way from tail end up
300g small tomatoes-cut off top
green peas for garnishing

Method:-
Grind coriander, cumin, fennel, dried chillies and turmeric finely, adding peppercorns last.
Combine meat in a bowl with ground ingrdients, ginger-garlic paste and salt.
Heat ghee or oil, add ingrdients to be sauted. When onions are a little brown, add meat and fry until fragrant, then add water combined with tomato paste. Cover and simmer till meat is tender, stirring occasionally.
Separately, heat 4 tbsp ghee, add ladies fingers and fry for about 8 minutes. When meat is tender and gravy of a thick consistency add ladies finger together with toamtoes. Stir and remove from heat. garnish with green peas.
Sources:_From Zarina's easy cooking

Tai Bak Mee (Mee Cendol) Goreng Basah

Side menu, for 11th day iftar..goreng 1/2 kilo aje ...recipe gunakan recipe laksa goreng basah, cuma tukarkan main character aje....maklumlah mee ni pun boleh dibuat laksa jugakan..hehe..oh yes mee ni tak payah celur ya..

Ingredients:-
500g tai bak mee(mee cendol)-(500g tai bak mee)
100g cockles(boiled and take the meat)-(100g isi kerang yg dah direbus)
10 medium size prawns-(10 ekor udang sederhana besar)
2 fishcakes sliced-(2 kek ikan dihiris nipis)
2 big onions sliced-(2 bawang besar dihiris)
2 green chillies sliced -(2 batang cili hijau dihiris)
1 tbsp minced garlics-(1 sudu besar bawang putih kisar)
5 tbsp chilli paste-can adjust to spiciness-(5 sudu besar cili kisar-boleh adjust ikut kepedasan)
10 sprigs  laksa leaves sliced thinly-(10 batang daun kesum ambil daunnya dan hiris nipis)
2 eggs -(2 biji telur)
bean sprout-(taugeh)
1 cup water-(1 cawan air)
salt and msg to taste-(garam dan serbuk perasa)

Method:-
Heat oil and saute minced ingredients till fragrant and oil comes up to the surface.Add sliced onions, chillies and stir well till onions are soft .Add  in fishcakes, boiled cockles and  prawns. Let it for a while.. Add in 1 cup water and let it boil then add in eggs, 3/4 of the sliced laksa leaves, salt and  msg . Add in laksa noodles and stir well for the  next 2-3 minutes. Add in the bean sprout and the balance laksa leaves, Stir and turn off heat.Ready to serve.-(Panaskan minyak, dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan bawang hiris, dan cili hiris, kacau rata dan biarkan hingga bawnag lembut. Masukkan kek ikan, isi kerang rebus dan udang. Biarkan seketika dan masukkan 1 cawan air. Bila sudah mendidih, masukkan telur, 3/4 dari hirisan daun kesum, garam dan serbuk perasa. Kacau dan masukkan mee laksa dan kacau hingga sebati selama 2-3 minit. Masukkan taugeh dan lebihan daun kesum tadi dan kacau lagi. Matikan api dan siap untuk dihidang.)

Sotong Goreng Belacan

Recipe taken from CMG, thanks ya Che mat..as usual copy & paste kat sini juga..tak boleh nak  cakap panjang2 & lama2 kat computer ni.. .. while waiting for Iqram to finish his papers that I gave him..dia tengah CA2 .. ler esok Maths paper.....I upload lah mana yang boleh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor sotong saiz besar
2 biji cili hijau, hiris serong
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar sos tiram
1/2 inci belacan + 2 camca besar air = larutkan
Sedikit air, untuk kuah
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, asingkan kepala dari badan, buang mata dan paruh sotong, manakala badan sotong potong gegelang, cuci sekali lagi dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan cili hijau, kacau rata hingga layu. Masukkan sos tiram dan belacan tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan sotong, masak hingga sotong berubah warna, tuang air dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segeran bersama nasi hangat..
Sources:-From  tiffinbiru.blogspot.com

Mee Ladna -10th Day Iftar

Last minute decision bila nak buat ni..sebab dah petang tak tahu lagi apa nak buat untuk iftar..last2 kopek buat ni..the last time I used kuey teow, this time I changed it to yellow noodles..I copy & paste from last time aje ya..jangan takut tengok cili padi jeruk tu ya..itulah pojaan hati ku..ku tak boleh hidup tanpa dia..


 Bahan2:-(1 pax)-
150g mee kuning-(yellow noodles)
1 tbsp minyak sayur-(vegetable oil)
1 tbsp kicap pekat-(dark soy sauce)
isi sotong & udang-(squids & prawns)
1 tbsp tepung jagung-(corn flour)
sayur-sayuran seperti bunga kobis, baby corn, carrot, dll-(vegetables- cauliflower, baby corn, carrot etc.)
2 ulas bawang putih - dicincang kasar-(garlics crushed)
1 cup stok ayam-( chicken stock)
1 tbsp sos ikan-(fish sauce)
1 tbsp sos tiram-(oyster mushroom)
gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper-(sugar, msg & a bit of white pepper powder)

Cara2nya:-
Gaul isi sotong & udang sedikit tepung jagung dan maggi seasoning(saya tak letak). Perap selama 10 minit. Didalam mangkuk, gaulkan kuey teow dengan minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam non stick pan sehingga warna kekuningan.Angkat dan sejukkan. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga berwarna kekuningan. Masukkan isi udang & sotong yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan pula stok ayam dan masak hingga mendidih.
Masukkan sayur sayuran, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau sehingga rata. Masukkan pula tepung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam. Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan keatas mee. Taburkan sedikit white pepper.-(Mix squids & prawns with some corn flour and maggi seasoning(I didnt use). Let it for 10 minutes.In a bowl, mix kuey teow with oil & dark soy sauce. Fry in a non stick pan till incorporated. Dish out and let cool. Heat oil and saute gralics till golden yellow. Add in marinated prawns & squids and stir fry till cooked. Add in chicken stock and let it simmer for a while. Add in veggies, fish sauce, oyster sauce, sugar & msg. Stir well. Add in corn flour that has been mixed with a bit of chicken stock. When thickens dish out and pour onto yellow noodles. Sprinkle some white pepper powder)
Sources:-From sunkist79.blogspot.com

Ikan Selar Masak Kicap

Salam, aduhai..dah banyak nak kena update ni ..mana yang sempatlah ...I will just upload dulu....paham2lah weekend tak boleh duduk lama kat depan pc..nanti kena jeling2 ..tak bestlah kan worst come to worst aku jeling balik...hehe... lauk sahur hari Sabtu pagi..


Ingredients:-
500 gm ikan selar kuning (disiang)
2 camca serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit minyak makan untuk melenser
3 biji besar ubi kentang (dibuang kulitnya & dihiris bulau-bulat)
2 kuntum bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
½ kuntum bunga lawang
4 labu sedang bawang besar (dihiris bulat-bulat)
4 biji buah tomato separuh masak (dihiris)

1 keping fish cake dihiris-(Ayu tambah sendiri)


2 cawan air
2 camca kicap pekat -(Ayu gunakan 4 sudu besar)
1 camca kicap manis -(Ayu gunakan 2 sudu besar)
6 batang lada hijau ( dihiris menjadi jalur-jalur panjang)-(Ayu gunakan 3 biji)
1 camca gula merah -jika suka
1 biji tomato masak (dibelah-belah)-(Ayu gunakan 2 biji)

Bahan Tumbuk:
2 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2 camca lada hitam



Method:-
Perasakan ikan dengan campuran kunyit & ketepikan selama 10 minit. Pijarkan minyak hingga berasap. Gorengkan ikan hingga garing, kemudian toskan minyak minyaknya ke dalam kuali & ketepikan.Gorengkan pula hirisan-hirisan ubi kentang seperti ikan. Pijarkan 2 camca minyak ditempat lain. Masukkan semua rempah kering & tumiskan hingga wangi. Masukkan bahan tumbuk. Tumis selama 2-3 minit.Masukkan bawang & tomato yang telah dihiris. Kecilkan api & masaklah hingga bawang layu. Masukkan air & semua kicap tadi. Kacaulah perlahan-lahan hingga mendidih. Masukkan ikan , kentang & lada. Didihkan perlahan-lahan selama 5-10 minit, Kemudian masukkan gula ( jika digunakan) & sesuaikan rasanya. Isikan ke dalam mangkuk & hiaskan dengan belahan-belahan tomato. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih,sayur-sayuran & sambal.
From:-mesra.net

Friday, August 20, 2010

Nasi Lemak Sri Pandan - 9th Day Iftar

Ermm the best nasi lemak so far!!..dengan baunya yang wangi, and very the lemak..my son bertambah2 makan nasi lemak ni.. imagine, we normally don t break fast by eating rice, tapi semalam, Iqram, requested for nasi lemak, lepas dia tengok drama kat TV, mentioning nasi lemak ..hehe..kebetulan pun kat blog Lieza ada tayang Nasi Lemak Sri Pandan ni..recipe yang diambil dari blog Nurindah dan originally from buku Chef Hanieliza..Memang sedap nasi lemak ni...nasi ni kita buat sahur juga.. Thanks semuanya for this recipe and sharing .minta izin I put up here too for easy reference.



Sumber : Buku Senangnya memasak Nasi Chef Hanieliza
Servings: 7-8 orang. (dgn kiraan seorang dewasa: 130gm beras)

bahan2

  • 1 kg beras AAA [basuh n toskan] - (Ayu gunakan 5 cawan beras basmathi)
  • 4 cawan santan-(2cawan santan pekat +1 cawan santan cair)
  • 10 helai daun pandan - dikisar (Nurindah: boleh kisar dgn 1-2 cawan air) - (2 cawan air daun pandan + 1 cawan air)
  • 2 inci halia -dihiris
  • 3 biji bawang merah -dimayang
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula - sekiranya suka -(Ayu tak letak)
  • 1 helai daun pandan - disimpul

Cara

  1. Daun pandan dikisar dan ditapiskan.
  2. Masukan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
  3. Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
  4. Bila sudah masak boleh hidangkan.

    Harum Manis

    The last time I buat kuih ni kalau tak salah was last year bulan puasa juga ..heheh so basically dah 1 year lah tak buat kuih ni..tapi this time, I made in this small mould tak macam last year in big mould sebab nak lekas habis cause tinggal beberapa minit nak buka kelam kabut baru nak buat..hehe..Biasalah I buat 1/2 adunan aje..pisang pun dalam 2 biji aje..hehe

     Ingredients:-
    200g gula melaka
    240 ml air
    3 biji telur (saiz sederhana)
    135 gm gula pasir
    1 sudu teh esen vanilla

    240g tepung gandum
    1/2 sudu teh baking powder
    3/4 sudu teh bicarbonate of soda
    1/4 sudu teh garam

    (Kesemua bahan ini diayak)

    40 gm mentega dicairkan
    6-7 biji pisang raja

    Cara:

    1) Gula melaka dimasak dengan air hingga gulanya larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
    2) Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau-kacau hingga rata.

    3) Masukkan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau rata-rata hingga sebati.

    4) Sapukan acuan-acuan kecil (atau apa je saiz kegemaran anda) dengan mentega. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan hingga ke paras separuh penuh sahaja. Kemudian, letakkan hirisan pisang keatas adunan tadi.

    5) Kukus adunan yg telah dibubuh dalam acuan-acuan tadi itu selama 15-20minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.
    Sources:-From rozzan.blogspot.com

    Thursday, August 19, 2010

    Rojak India - 8th Day Iftar

    Ha for those yang  fobia Rojak India yang ada controversy last few months kat Singapore ni..heheh ...mehlah try buat SENDIRI !!...Kita taklah fobia, saja gatal nak cuba buat rojak india ni sendiri.....berbaloi betul lah wa cakap sama lu..haha..actually nak buatnya senang cuma part goreng2an tu yang sikit punya leceh...tapikan, puashati lah..
    Kalau beli rojak india ni.. dalam 5 item aje dah mencicah S$10-15 ..ada pernah tu pilih punya pilih ada sampai S$20++...Memang dah nak buat ni way before puasa, tapi list yang lain dah potong que..hehe..

    The amount below, yields a lot, you can feed the whole village kalau ikut recipenya..so kita half ajelah adunannya tu..boleh lagi kasi jiran2 tau....senang2 cubalah..memang almostlah rasa Rojak India tu..

    Ingredients:-
    Bahan untuk kuah:-
    1 kg keledek-(sebaik2nya yang berkulit merah-direbus dan dikupas kulitnya)
    200g gula
    100ml tomato sos
    150g kacang tanah-(digoreng dan ditumbuk-sebahagian kasar & sebahagian halus)
    2 sudu makan bijan disangai
    3 liter air
    sedikit warna oren

    *10 biji lada merah
    *2 biji bawang putih
    *1/2 jari halia
    (*kisar halus)
    garam & perasa secukupnya

    Method:-
    Kisar keledek dengan 3 liter air hingga halus dan tuangkan kedalam periuk. Campurkan sekali bahan2 yang lain kecuali bijan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan bijan. Rasa dan tambah bahan2 yang kurang. Pastikan kuah tidak terlalu pekat atau cair.


    Bahan untuk membuat tepung-(batter):-
    1kg tepung gandum
    6g yeast kering segera
    1 sudu teh garam
    1-1.2 liter air
    1 sudu makan kunyit serbuk

    Method:-
    Ayak tepung dan gaul rata dengan yeast, kunyit serbuk serta garam. Tuangkan air sedikit demi sedikit, sehingga adunannya menjadi seperti adunan jemput2. Perapkan adunan dalam bekas yang besar sedikit, selama 21/2 -3 jam, sehingga ia mengembang dua kali ganda. Sebaiknya tutup dengan kain kasa yang tipis-(Ayu pakai cling wrap aje). Tepung ini akan digunakan untuk menyalut bahan2 rojak yang akan digoreng.


    Bahan2 rojak:-
    minyak yang banyak untuk menggoren
    5 keping tauhu yang sederhana besarnya
    5 keping tempe digaul dengan sedikit kunyit, garam dan air
    1 bungkus hot dog
    5 keping fish cake
    8 biji telur rebus kupas kulit
    4 biji kentang direbus dan kupas kulit
    (Bahan2 ini digoreng satu persatu dan ketepikan-boleh ditambah bahan2 lain seperti paru atau limpa goreng)


    Bahan2 rojak tepung:-
    2 biji kentang direbus, kupas kulit dan potong empat
    4 biji telur rebus kupas kulit dan belah 2
    1/2 biji kelapa parut
    6 sudu makan bijan
    20g taugeh
    3 keping tauhu sederhana besarnya
    12 ekor udang sedrhana besarnya dicuci dan toskan
    50g ikan bilis dibelah 2, dibersihkan cuci dan toskan
    1 biji bawang besar dicincang
    50g sayur campur dadu(kacang peas, lobak merah dan jagung)
    sedikit warna oren

    Method:-
    Peraturan menyediakan bahan2 rojak bertepung:-
    Adunan dibahagikan 6 bahagian.
    Panaskan kuali dan masukkan minyak kedalamnya untuk menggoreng bahan2 rojak.
     Ambil 1 bahagian tepung itu, dan goreng kosong, betukkan bulat2.Goreng hingga masak dan kekuningan, angkat dan toskan.

    Gunakan 1 lagi bahagian tepung untuk membuat tepung berinti telur. Ambil 1/2 biji telur, salutkan dengan tepung dan letakkan sedikit bijan.(Ini sebagai tanda bahawa kepalan tepung ini berinti telur).Goreng hingga masak dan toskan.

    Setelah itu, ambil 1 bahagian tepung dan gaulkan dengan kelapa parut, taugeh dan lebihan bijan. Gaul rata. Ambil  sedikit adunannya dan beyukkan memanjang(lonjong) dan goreng hingga garing dan masak. Angkat & toskan.  1 lagi bahagian tepung digunakan untuk menggoreng tauhu. Tauhu dibelah 2 seperti burger dan kelar-kelarkan. Ambil sedikit adunan tepung, salutkan kepada tauhu, kemudian hias dengan 2 ekor udang, diatasnya. Udang pun mesti disalutkan dengan sedikit tepung, supaya ia melekat.Goreng hingga garing dan masak. Angkat dan toskan.

    Untuk menggoreng kentang rebus, gunakan 1 lagi bahagian tepung. Taburkan sedikit serbuk pewarna oren, celupkan 1 keping kentang rebus dan goreng hingga garing dan masak. Angkat dan toskan.

    Bahagian terakhir tepung hendaklah dicampurkan dengan ikan bilis, taugeh, bawang cincang dan sayur campur serta sedikit pewarna oren. Kacau rata. Ambil sedikit adunan, bulat2kan dan goreng hingga masak dan garing. Angkat dan toskan.


    Method Menghidang rojak:-
    Potong bahan2 yang telah digoreng, letakkan bahan hiasan diatasnya dan siram kuahnya. Boleh juga asingkan kuah dimangkuk lain, dan bahan rojak dicicah kedlam kuah.
    Sources:-From wan petom@resipi pesta perut

    Pengat Keladi & Keledek

    Yesterday's dessert for iftar..pengat keladi & keledek + sago... potong dadu kedua2nya, then rebus hingga 3/4 masak, toskan. Didihkan air, santan secukupnya, sago biji, gula pasir, gula melaka, garam dan daun pandan kedalam periuk. Kacau selalu supaya tidak pecah santan. Kemudian masukkan keladi & keledek dan masak lagi hingga mendidih..Siap.

    Wednesday, August 18, 2010

    Kacang Phool -7th Day Iftar

    This time round I tried this kacang phool yang berdaging..selalu buat memang tak pakai daging...hehe itu versi simplelah..kacang phool yang ini ada kelainannya, sebab gunakan 2 other types of beans in the recipe...the whole dish lepas dah buat memang dapat banyaklah..boleh rasa2nya..10-12 orang makan..kot, ..dah ada lebih tu, dapat juga kasi to my 2 other neighbours...verdict, to me Sedappp!..thought of  making this menu kalau berbuka with my in laws ...sebab muai ler...

    Ingredients:-
    1 tin Ful Medammas
    1 tin kidney beans

    Campurkan dalam mangkuk kedua2 jenis kacang bersama airnya dan pecah2kan dua-(Ayu blender kering kasar aje)

    1 tin bake beans(jangan pecahkan)
    1/2kg daging cincang
    garam & serbuk perasa
    telur goreng mata lembu
    lada hijau dan merah dihiris kasar
    limau kasturi
    bawang besar potong dadu kasar

    Bahan kisar:-
    20 batang lada kering(buang bijinya)
    20 bawang kecil
    5-6 ulas bawang putih
    1 sudu teh jintan kasar
    1 sudu teh jintan halus
    halia sebesar ibu jari


    Method:-
    Tumiskan rempah hingga garing. Masukkan daging cincang. Masukkan sedikit air-(Ayu masukkan dalam 11/2 cawan). Masak hingga daging empuk. Masukkan garam & perasa.
    Maukkan kacang Ful Medammas dan kidney beans yang dipecahkan tadi dengan airnya sekali. Biarkan mendidih.
    Biarkan ia berair kerana ia akan menjadi pekat bila sejuk. Selepas itu baru masukkan bake beans dengan airnya sekali dan dikacau. Bila mendidih, matikan api.
    Semasa menghidang, tuangkan kacang ful dalam mangkuk. Hiaskan diatas nya dengan sekeping telur mata lembu, lada hiris, bawang dadu dan perahan limau kasturi. Lawankan dengan roti perancis bakar yang panas ataupun roti bawang putih (garlic bread).
    Sources:-From Junaidah Jaafar@resipi pesta perut

     The beans used in this dish.

    Sup Ayam Special

    Sahur pagi tadi...masak semalam pukul 12 pagi baru siap..lepas masak tak boleh tahan baunya dan terus hirup kuahnya(orang lain semua dah pergi London-tidur).. aduhai..dalam hati tak boleh tunggu sahur ler, kita bedal dulu 1 mangkuk kecik, lepas tu tambah lagi ish..lepas tu baru perasan, eh lauk buat sahur kang sup dah surut..apa yang nak buat makan..hehe..siapa yang susah?..kita juga..sebab kena goreng telur ke apa kan... 
    Aduh!, ni ..sambil I menaip ni pun my air liur pun dah penuh dah ni, tengok sup tu..haha..

    The special part maybe rempah2 tu direndam dulu itu yang kasi naik baunya dan ayam di masak dulu buat seketika sebelum dibubuh air plus ada lagi stok ayam nya tu....memang special lah pada kita pun..recipe from Tulips77@myresipi.com .Thanks dear owner, memang sedap sup ni..

    Ingredients:-
    • 1 ekor ayam potong 16
    • 1 labu bwg merah
    • 2 ulas bwg putih
    • 1 inci halia
    • sebatang kulit kayu manis
    • 4 kuntum bunga cengkih
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 3 iji buah pelaga
    • 2 bj kentang
    • 1 btg lobak
    • 1 mangkuk air panas br masak
    • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam-(Ayu gunakan 1 cube ayam)
    • daun sup, daun bawang & bawang goreng

    Method:-


    1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
    2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
    3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
    4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
    5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
    6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
    7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang 
    Sources:- From tulip77@myresipi.com

    Tuesday, August 17, 2010

    Mee Siam Kuah -6th Day Iftar

    This time I made mee siam kuah yang just used udang kering aje..the last 2 that I made,  pakai udang hidup then lagi satu tu pakai santan..so this one actually what normally my family selalu buat..coincidently, when I browsed at Diana's blog scrutinised the ingredients, memang sah, ini yang selalu kita buat...so I copy & paste from her blog ajelah ya..Thanks Diana! Blog yang selalu I singgah before I have a blog dulu..banyak juga I belajar dari blog this lady..

    Bahan-bahannya
    1 bungkus mi siam cap lada merah
    1/2 kilo tauge, dibersihkan
    6 - 8 batang daun kucai, dipotong sepanjang 1 inci
    750 ml air
    1/2 cawan air asam jawa
    garam secukup rasa
    gula secukup rasa
    serbuk perasa jika suka
    minyak untuk menumis

    Bahan untuk dikisar
    20 tangkai lada kering, direndam dengan air panas
    2 biji bawang besar
    2 ulas bawang putih
    2 cm belacan
    1/2 cawan udang kering, direndam dan dibersihkan
    1 cawan tauchu (dicuci dengan air sebanyak 3 kali untuk hilangkan masinnya)

    Bahan untuk hiasan
    5 biji telur, (direbus, kupas kulitnya dan potong 2)
    limau kasturi, dibelah 2
    sambal tumis, jika suka

    Cara-caranya
    1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Rempah yang telah garing ambil 1/2 cawan diketepikan untuk kuahnya. Rempah yang dalam kuali, masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
    2. Masukkan mi, tauge dan daun kucai. Gaul sebati hingga masak. Ketepikan.

    Cara untuk kuahnya
    1. Rempah yang telah diketepikan tadi dimasukkan dalam periuk. Masukkan 1/2 cawan gula(Ayu cuma gunakan 3 sudu besar aje), garam dan serbuk perasa jika suka.
    2. Masukkan pula air asam dan air. Masak sehingga mendidih.

    Cara untuk menghidang
    1. Letak mee dalam mangkuk. Tuang kuahnya dan hiaskan dengan telur rebus, limau kasturi dan sambal tumis jika suka.
    Sources:-From resipidiana.blogspot.com

    Wa Ko Koay aka Apam Makoke

    Apam Makoke or Wa Ko Koay..normally I would just halved the ingredients, and just used the ready made tapai(fermented rice), ada sekali dulu buat sendiri tapai nasi ni and gunakan untuk buat makoke ni tapi tak berapa kembang kuihnya...beli dah siap senangkan..hehe make my life easier..lagi satu, if notice I kurangkan gulanya banyak juga ya..reason tapai tu dah manis, adding to tambah gula lagi dan Eno yang digunakan pun dah manis..lepas tu nak cicah gula lagi..aduh memang boleh kena potong kaki ler..hehe
    Below the original recipe kalau nak buat ibunya..yang bawah lagi satu tu was what I did for mine..

    Bahan-Bahan Utk Ibunya
    1 mangkuk (kira-kira 500 gm) nasi sejuk
    1 keping ragi (bulat sebesar syiling 50sen)
    * Ragi dihancurkan hingga halus dan digaul dgn nasi hingga rata. Masukkan ke dalam bekas dan simpan selama 2-3 hari sehingga menjadi tapai nasi.

    Bahan (A)
    1 senduk lauk tapai nasi (kira-kira 200 gm)
    6 oz air(180g)
    12 oz gula-(360g)
    * Ketiga-tiga bahan ini dikisar hingga halus

    Bahan (B)
    1 peket (600 gm) tepung beras
    12 oz air(360g)
    * Bahan ini disatukan dan digaul rata.

    Cara:
    Satukan bahan (A) & (B). kacau rata. Kalau perlu ditapis adunannya.
    Perap selama 1½ jam. Apabila nak dikukus, barulah dibubuh 2 sudu makan Eno.
    Kemudian kacau rata-rata sebelum dikukus selama kira-kira 15-20 minit.
    Enak dimakan dgn kelapa parut dan gula tanjung.
    Sources:-From rozzan.blogspot.com

    This was what I did for my makoke, since I halved the recipe, I adjusted what I preferred..
    For my future reference..-(40++ small lompang cups)
    Ingredients:-
    100g tapai nasi/pulut yang ready made-(buang airnya)
    90g water
    180g sugar-(Ayu adjusted 110g only)
    *Kisar ketiga2 bahan

    Ingredients B:-
    300g tepung beras
    180g air
    *kacau rata- (Ayu campurkan sekali dengan bahan atas dan kisar semuanya)

    Method:-
    Semua sama cuma bubuh 1 sudu makan Eno aje.

    Ayam Goreng Tom yam

     Lauk sahur, pagi tadi..kita buat berkuah sikit..sebab tak buat lauk lain hehehe..taken from Wana, sedap2 juga lauk kat rumah Wana ni..thanks ya Wana, I copy & paste recipenya kat sini..

    Ingredients:-
    1 ekor ayam-(Ayu gunakan dada ayam dalam 2 keping besar)
    3 ulas bawang putih ( diketuk )
    1 biji bawang besar ( dihiris )
    2 sudu makan pes tomyam
    10 biji cili api ( di masukkan sebiji sebiji atau di ketuk )
    1 batang serai ( di ketuk )
    1 sudu makan air perahan limau nipis
    2 sudu besar sos cili  ( resepi asal tak letak )-(Ayu tak letak)
    1 biji buah tomato ( belah 6 )
    garam
    sedikit gula ( optional )
    minyak masak secukupnya
    daun limau purut

    Method:-
    1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak ( jangan terlalu garing ). Ketepikan.
    2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga wangi.
    3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan garam.
    4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.
    5. Last sekali masukkan tomato dan daun limau purut. Bolehlah di hidangkan.
    Sources:-From potretkasih.com

    Monday, August 16, 2010

    Bebola Roti Goreng - 5th Day Iftar


    Actually semalam, we buka puasa dengan lontong, paru goreng, ayam goreng and onde2, tapi, sebab dah selalu nah I tayang lontong so I tak masukkan lah untuk iftar hari yang 5 ni ya..tapi I just upload this bebola roti goreng menu sampingan yang I buat...selalu buat jemput2 roti, kali ni I try this bebola roti pulak..something different jugalah pada kita...recipe taken from Lizahanum
    Thanks  Liza for sharing, akak c&p kat sini pulak ya..
     
    Ingredients:-
    14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
    2 biji telur (saiz besar)

    3 batang cili merah (potong kecil2)
    1 biji bawang besar (dadu halus2)
    sedikit daun sup/bawang (hiris)
    2 sudu teh serbuk lada putih
    garam secukup rasa
    perasa ikan bilis -(Ayu used kiub ikan bilis dilenyek2 sikit)
    minyak utk menumis

    Method:-
    Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar.  Kemudian masukkan telur,  cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan  lada putih serbuk .Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari. 
    Sources:-From lizahanum.blogspot.com