Wednesday, September 29, 2010

Ikan Parang & Peria Katak Masak Lemak Cili Api

Lauk berkuah untuk orang2 tua ya..of course yang tahan pedaslah.. Lauk ikan parang yang banyak tulang dan sayur peria yang pahit .....Mr Hubby makan kuahnya aje....dia takut makan ikan parang, sebab selalu tulang tersangkut kat batang leher.. also confirm budak2 tak boleh makan punya....so this dish is rated on 'Parental Guidance'..hahaha.

Ingredients:-
400g ikan parang -dibersihkan dan cuci dengan air asam/limau
*1/2-1 cawan cili padi-boleh dikurangkan kalau takut pedas
*2 inci kunyit hidup
*3 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar
2 batang serai diketuk
6-7 biji peria katak dibelah 2-direndam dalam air garam supaya kurang pahitnya
1-2 asam keping
1 kotak santan -200ml
air secukupnya
garam & perasa secukupnya


Method:-
Tumis bahan2* kisar, serai hingga naik bau & garing. Masukkan ikan, biar seketika dalam 2 minit.Masukkan santan dan air. Biarkan hingga mendidih. Sesuaikan garam & perasa. Masukkan peria. Bila dah empuk matikan api. Siap untuk dihidang.

No comments: