Wednesday, September 01, 2010

Kari Telur Cepluk

Kari telur yang telurnya dicepluk dalam kuah, jarang2 dibuatkan..selalunya telur cepluk masak air or telur cepluk masuk dalam mee maggi kari adalah...sedap juga telur masak gini meresap kuah karinya tu kedalam telurnya..Resipi dari Wana yang pandai masak tu...Thanks Wana, I post the recipe kat sini pula ya....

Ingredients:-
6 biji telur
4 biji bawang ( di tumbuk/dihiris )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk/dihiris )
1/2 inci halia ( ditumbuk atau di hiris )
2 sudu makan serbuk kari ( gaulkan sengan sedikit air )
1 cawan santan pekat @ susu cair
1 keping asam gelugur
1/2 bawang goreng ( optional )
daun kari
daun ketumbar ( tabur )
daun bawang ( tabur )
air secukupnya
garam secukupnya
1 kiub ayam
minyak untuk menumis

Cara penyediaan
1. Tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air, asam gelugur, kiub ayam, sedikit air dan santan.
3. Bila kuah mula mendidih kacau sentiasa supaya santan tidak berketul-ketul.
4. Pecahkan telur satu persatu kedalam kuah yang mendidih tadi.
5. Bila telur beku masukkan garam, bawang goreng yang telah di tumbuk dan daun ketumbar, daun bawang.
6. Kacau seketika dan angkat.
Sources:-From potretkasih.com

2 comments:

wana yusuf said...

wah ayu... sedapnya kari telur cepluk tu... lama tak buat!!! Lauk kari cenggini husband suka... nama cepluk tu cute... kalau kat tempat wana kite panggil 'cemplung'.... apa-apa nama pun tak kisah... janji sodappp!!

mummyseri said...

kak ayu..lama tak dengar perkataan tu..akak jawa ke ye ?