Thursday, September 23, 2010

Kentang Rebus Goreng Telur

Salam, ini adalah saki baki, menu dibulan Ramadan yang tak sempat di uploadkan..actually banyak lagi oops, a few lagi , tapi tak apa, kita mulakan dengan kentang rebus ni dulu lah ya.....if you notice, my last entry on Ramadan's iftar was on the 19th day....sebab lepas tu dah mula sibuk buat kuih & cake....this kentang rebus, terkuning sikit sebab I accidentally terguna minyak yang balance goreng ayam yang ada kunyit..hehe..

Ingredients:-
7 biji kentang (direbus,buang kulit dan dipotong dadu besar 2cm x 2cm)
4 biji bawang putih dicincang halus
2 biji bawang besar dipotong dadu
1 sudu besar lada sulah(white pepper powder)
daun sup & daun bawang secukupnya
4 biji telur-dikocok sedikit dan ketepikan
3-4 sudu besar bawang goreng
garam & perasa secukupnya

Method:-
Tumis bawang putih & bawang besar hingga layu. Masukkan lada sulah, kacau rata.Masukkan kentang yang telah dipotong dadu besar dan goreng seketika dalam 2-3 minit. Masukkan garam & perasa secukupnya. Gaul rata. Buat lubang ditengah2 dan masukkan telur, biarkan sekejap baru dikacau rata(supaya telur tak hancur). Gaul dan kacau rata, masukkan bawang goreng dan daun sup/bawang tadi. gaul lagi dan matikan api. Siap untuk dihidang.

No comments: