Tuesday, October 26, 2010

Ayam Roast Istimewa

Salam, made this cant remember when,  I could say that I seldom roasted chicken for my menu..so I decided to try this dish....memang ada keistimewaannya....penggunaan banyak tomato dan gajus kisar yang gives this  dish ada rasa masam2 lemak and the taste is just nice to be eaten with any flavoured rice.....

 Ingredients:-
1 ekor ayam dibelah 4, dilumurkan dengan sedikit garam,-(Ayu gunakan ayam jumbo)
kunyit dan tepung jagung, kemudian goreng lembab


Ingredients Kisar A:-
300g bawang merah-(dijadikan bawang goreng)
300g kismis kuning-(digoreng sebentar)

Ingrdients Kisar B:-
2cm halia
8 biji bawang putih
4 tangkai daun ketumbar
4 tangkai daun pudina
3 batang lada hijau
3 batang lada merah
1 biji bawang besar
5 biji tomato

2 tangkai daun bawang
1 tin kacang peas
6 sudu makan tomato puree
200g gajus-(dikisar dengan sedikit air dan asingkan)
10 tangkai lada kering-dikisar
1 cawan minyak makan
1 sudu makan gula
garam dan serbuk perasa
bawang goreng dan hirisan badam goreng untuk hiasan

Method:-
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis lada kisar hingga garing. Campurkan Bahan B, tumis lagi hingga garing. Maqsukkan tomato puree, bahan A serta gajus kisar dan kacau rata. Masak hingga ia garing dan naik minyak. Curahkan 2 cawan air dan biarkan sehingga ia mendidih. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa jika perlu. Ketepikan.
Ayam yang digoreng lembab, dibakar dalam ketuhar sehingga tiga suku masak. Setelah itu keluarkan dan sapukan seluruh ayam dengan rempah goreng. Masukkan kembali kedalam ketuhar dan bakar selama 5 minit lagi.
Semasa menghidang, hias dengan kacang peas, daun bawang, bawang goreng dan badam perang.
Sources:-From Martini Johari@Resipi Pesta Perut

No comments: