Friday, February 11, 2011

Siput Buluh Goreng Cili Api

Dah lama rasanya tak  makan siput buluh ni..kalau jumpa mesti nak beli..sebab dia jarang2 ada..
Siput buluh ni, Mr Hubby & me yang suka..my mum & dad tak suka pulak the kids lagi lah..so I  dapat lebih..eh tak lah kita berdua dapat makan  lebih..hehe..sedapp!!..

Ingredients-
500g - 1000g siput buluh
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*15-20 biji cii api-(ikut kepedasan)
1 batang serai dititik
2-3 helai daun limau purut-dicarik atau hiris
sedikit air asam
sedikit air, kalau nak berkuah lebihkan sikit
garam & perasa secukupnya.

Method:-
Kisar bahan2*. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, daun limau purut dan serai hingga naik bau & garing. Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan mendidih sekejap. Masukkan siput buluh yang telah dibersihkan dan kacau rata. Perasakan dengan garam & perasa. Siap untuk dihidang panas2.

7 comments:

anymz said...

adduhh..nampak sedap tu tapi terus terang akak tak pernah lagi makan siput buluh ni..teringin pulak rasanya...mau akak ke spore skang juga..pi terus ke dapur ayu...huhu

Anonymous said...

siput buluh? first time saya dengar. seafood ye? ignorant betul lah saya ni. nampak macam menarik.

Ayu said...

anymz - haha..amboi..begitu kuat pukulan siput buluh ni ya..kak..haha..kalau akak jumpa cubalah beli sikit & masak sedap tau kak..rasanya sikit lebih kurang macam kupang, tapi yang ni lagi sedap..

anonymous - yes its seafood..sejenis crustaceans, macam kerang, kupang, mentarang, lala, lokan dan sewaktu dengan nya.. saya pun pada mulanya tak tau ni apa, tapi bila pergi hotel buffet, they serve this, I try, uih sedap bukan main..kalau jumpa next time cubalah masak ya..
Anyway, anonnymous ni namanya apa ya..thanks for dropping by..

Gee said...

Salam Ayu

I suka makanan laut tapi blom pernah cuba siput buluh nih selalu nampak tapi tak pernah nak beli sebab tak tahu nak masak camne...since now nampak you masak... I confidentlah nak beli dan masak...thnx Ayu

Ayu said...

mak peah - walkslm, cubalah gee, sedap siput buluh ni..kalau u suka makanan laut mesti try ni..next time jumpa beli k..

Amie said...

tengok gambar dah leleh liur.... tak pernah makan / jumpa siput ni...kalau jumpa di mana2, saya tak lepaskan peluang..nak makan juga

Unknown said...

da lama mak merasa..ssemalam beli n jari ni masak sambal serai..sedap rupanya..makan gatah je...��