Thursday, January 19, 2012

Singgang Sotong Ala Tom Yam

Lauk yang dah lama tunggu queue number,..pernah masak disini tapi yang itu kita gunakan ikan pari..kita suka lauk ni sebab suka hirup kuahnya, , but not Iqram & Marsya..so selalunya lauk budak berdua ni kena masak yang lain..huhu..apa2 pun kalau masak sotong kena masak 1kg, sebab Hasif suka makan sotong, my dad pun suka..lagipun sotong kalau dah masak kan dia kecut ...


Terimakasih to CMG for the recipe ya..sedaplah ni sebab tu buat lagi tapi tukarkan bahan utamanya tu..

Singgang Sotong Ala Tom Yam
Adapted from : CMG@tiffinbiru
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari, kerat sederhana besar, cuci dan toskan-(Ayu gantikan dengan 1kg  sotong)
1 biji tomato, belah 6-(Ayu gunakan 2 biji)
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
3 keping asam gelugor
1 kiub tom yam "Maggi"
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)--(Ayu gunakan)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas-(Ayu tak letak ni)
1/2 inci halia-(Ayu tak letak ni)
15 biji cili padi
3/4 camca teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sediki minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan air secukupnya. Tambah asam gelugor, kiub ikan bilis (jika guna) dan kiub tom yam, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan biar mendidih hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman..

No comments: