Monday, February 20, 2012

Ayam Kunyit Ala Thai

Hajat dihati tak mau masak untuk dinner, tapi bila dicongak2..kalau tak masak budak2 pasti lapar, dan mulalah macam anak burung tiong..ma lapar ..ma lapar..bingit!!..Mungkin juga ada sorang tu memang suka kalau  order McDonald aje, habis ler terkopak duit aku!!hahah.....uish bila fikirkan tu semua, baik kita masak dalam hati berkata....tengok bahan2 dalam peti ais, macam banyak stok dah habis..yang tinggal adalah beberapa keping aje isi ayam dada ni dan some fishballs ..ah..masak ayam kunyit sudah lah...kebetulan..memang dah lama aim nak masak recipe dari dapur ibundo ni..tengok ayam kunyit kat dapur ibundo tu memang menyelerakan..bahan2 pun kita adjust apa yang tinggal dalam fridge kita tu..Kita campurkan fishballs & ayam ..ah boleh ajelah kan..yang penting anak2 makan kenyang dan  kita tak payah keluar duit...hehehe
Terimakasih ibundo for the recipe, minta izin dipanjangkan disini pula ya..

Ayam Kunyit Ala Thai
Sources:-From ibundo@resipiibundo
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
A
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
minyak masak

Bahan:-
B
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji bawang besar dihiris separa bulat
3 biji cili api diketuk
3 batang kacang panjang dipotong 1/2 inci (bundo tak bubuh sebab takde stok) -(Ayu pun tak ada stok so letak kobis bunga aje)
1/4 biji capsicum merah dihiris nipis-(Ayu gantikan lada merah hiris)
1/4 biji capsicum hijau dihiris nipis-(Ayu gantikan lada hijau hiris)
1 helai daun kunyit dicarik ( tak ada. bundo ganti dengan serai)-(Ayu gunakan daun kunyit)
1 sudu perahan limau nipis
1/2 cawan air.


 Method:-
1. Ayam digaul dengan kunyit dan garam. Perap 10 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 70% masak. Ketepikan.
3. Keluarkan setengah daripada minyak dan masukkan bahan B.
4. Masak dengan api kecil selama 10 minit. Masukkan ayam dan gaul sehingga masak.
5. Hidangkan bersama nasi putih.

2 comments:

Anonymous said...

salam ayu..kalau x letak perahan limau purut bleh x?

Ayu said...

Anon - walkslm,sorry lamabt reply.. boleh aje dear..anyway, kalau letak baru dikata ala thai..sebab masakan thai kan masam2 gitu..kalau tak letak then macam ayam goreng kunyit biasa aje..:)