Friday, March 02, 2012

Ayam Masak Kicap Lada Hitam

Haish..selalu nak masak buntu kan..tak tahu nak masak apa..Last2.. masak ayam masak kicap..pasti no complain..kali ni kita cuba recipe CMG ni..for a change..di letak sos lada hitam as part of the ingredients..boleh tahan sedap juga..Buat teman2 yang  buntu nak macam kita, tak tahu masak apa for lucnh hari ni bolehlah cuba hehehe.....Terimakasih che mat..akak minta izin dipanjangkan disini pula ya..


Ayam Masak Kicap Lada Hitam
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong pada saiz yang anda suka, cuci bersih dan toskan -(Ayu gunakan 1kg chicken drumlett)
1sudu besar cili kisar-(Ayu tambah)
2 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
2 biji kentang, hiris sederhan tebal, rendam
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 inci halia, hiris
1/3 cawan kicap manis
2 camca besar sos lada hitam
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/3 cawan air
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap 20 minit dan goreng tapi jangan sampai garing, kasi goreng embal2 saja. Angkat dan toskan. Kentang tadi ditoskan dan goreng hingga kuning keemasan, toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan sos lada hitam dan ayam. Gaul rata. Tuang air dan masukkan kicap manis, kacau rata dan kecilkan api. Masak hingga pekat.
  3. Tambah bawang besar, cili belah dan kentang, gaul rata. Masak hingga pekat atau berkuah, yang ni terpulang pada masing2. Matikan api dan alih dalam bekas sesuai. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan...

No comments: