Friday, March 02, 2012

Nasi Goreng Hijau Udang Kering

Nasi Goreng Hijau Udang Kering ni dah lamaaaaaaaaaaa..kita masak juga..haish..bila kita click tukan bulan March tahun lepas..hampir setahun tunggu queue untuk masuk blog..hehe. itulah masaalahnya..masak2 ni kita rajin ambil gambar tapi nak masukkan blog tulah yang selalu tak sempat..either kita sibuk,  masa tak mengizinkan or bascially pure lazinesslah..As what I said earlier in my previous post..I think its oklah kan sebab gambar2 ni tak basi..asal ada recipe boleh ajekan bila2 nak masukkan blog..hehe

Nasi Goreng Hijau Udang Kering
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
4 mangkuk nasi sejuk
11/2 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
 3 batang kacang botor dihiris ikut suka
*5-10 biji cili padi hijau-(ikut kepedasan masing2)
*10 biji lada hijau
*3 sudu besar udang kering direndam, dan toskan
2-3 biji telur
fishcake dihiris
minyak untuk menumis
garam  & gula secukup rasa

Cara:-
Kisar bahan2 bertanda*. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris, then masukkan bahan2 kisar kacau hingga naik bau. Masukkan fishcake & kacang botor yang telah dihiris, kacau rata.Masukkan nasi, garam & gula secukup rasa. Gaul lagi hingga sebati. Nasi ditolak ketepi dan pecahkan telur, biarkan seketika bila dah mengeras, kacau dan gaul rata dengan nasi. Masak hingga nasi kering dan rasa mana yang kurang bolehlah ditambah. Siap untuk dihidang.

No comments: