Friday, March 23, 2012

Sotong Masak Asam Berempah

Terimakasih puan punya recipe for sharing..another sotong recipe into my account..

Sotong Masak Asam Berempah
Sources:-From Syafiza Wikinomics
Sources:-From Ayu @curlybabesatisfactions
Bahan A:
1/2 kg sotong besar
1/2 sudu besar jintan manis – dikisar halus-(Ayu gunakan serbuk aje)
1/2 sudu besar jintan putih – dikisar halus-(Ayu gunakan serbuk aje)
1/2 sudu besar serbuk ketumbar-(Ayu tambah)
3 sudu kecil lada hitan – ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah – ditumbuk kasar
1 ulas bawang merah – ditumbuk kasar
Sedikit asam jawa – diperah dengan 1 1/2 cawan air
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Bahan B:

3 ulas bawang merah – dimayang
2 ulas bawang putih – dimayang
1 tangkai daun kari
Sedikit halia – dimayang
Sedikit minyak

Cara Menyediakan:

1. Sotong dibuang tulang, dakwat dan kulit. Bersihkan dan ditus.

2. Gaul dengan garam dan kunyit. Perap sebentar.

3. Panaskan minyak, masukkan sotong dan goreng hingga masak. Ketepikan.

4. Panaskan minyak dari bahan B dan tumis bahan B hingga wangi.

5. Masukkan bahan A dan kacau hingga wangi.

6. Masukkan sotong semula, kacau sebati dan masukkan air asam jawa. Masak hingga kuah pekat dan rasa asam garamnya. Anda juga boleh masukkan sedikit gula jika suka.

No comments: