Friday, March 16, 2012

Tofu Telur Masak Taucu Lada Hitam

Lauk ni kita masak time last minit juga..time semua ikan, daging, udang dan ayam masih keras kekau dalam freezer..sebab dah petang kalau nak tunggu benda yang dalam freezer tu thaw kena makan masa juga..so tak kuasa nak tunggu kita cuba recipe ni dari dapur kak Ummi..Memang ternyata..berulang kali bertambah nasi ku..just makan lauk ni aje dah cukup pada kita..So, Kak Ummi, .as usual minta dipanjang2kan disini pula ya..Terimakasih banyak2..


 TOFU TELOR MASAK TAUCU LADA HITAM
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome
Bahan:-
  • 3 paket tofu telor - hiris 1 inci dan goreng jadi berkulit-(Ayu tambah 1 keping tauhu biasa)
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia * (bahan *ditumbuk)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang kasar
  • 1/2 biji lada benggala merah - dihiris memanjang
  • 1/2 biji lada benggala kuning -
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • garam (optional sbb taucu dah masin)
  • 1 biji tomato - belah 6
  • sedikit air untuk kuah
  • minyak masak untuk tumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga naik minyak.
  2. Masukkan semua sos dan air asam jawa dan air.
  3. Masukkan tofu yang telah digoreng tadi, gaul rata sekejap.
  4. Masukkan taucu, lada benggala dan bawang besar.
  5. Masukkan gula dan seimbangkan rasa...jika perlu tambah garam.
  6. Bila kuah mendidih dan agak pekat, masukkan tomato, kacau kejap dan tutup api.

4 comments:

Unknown said...

sedap2 :D glup2.. campur lada hitam lagi tu

Mama Hawa/Mama Nani said...

Ayu.. lauk2 simple begini kdg2 sebagai penyelamat...mmg puas ati lah mkn nasi bertambah2 tak hingat org ki3x

Ayu said...

steffany -memnagsedap dear..akak makan lauk ni dgn nasi panas aje dah cukup menyelerakan ..

Ayu said...

mamahawa - betul tu ma..kita mula2 makan tu memang ingat malas betul nak masak..lauk ni aje kita makan..then tak sangka boleh bertambah2 nasi pulak hahah..