Thursday, May 03, 2012

Tofu Telur Bersarak

Recipe dari dapur kak Ummi, cuba tofu telur bersarak ni pula..pernah nampak kat dapur mamahawa kalau tak silap..tapi dah lama juga kita rasa..beli tofu banyak sebab ada offer..hahah..dalam otak kita.. dapur kak Ummi ada banyak recipe gunakan tofu ni ..lauk ni pun sedapp.. terimakasih kak, minta izin nak panjang2kan disini pula ya..

TOFU TELOR BERSARAK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
  • 6 paket tofu telor (tauhu jepun) - dikerat 3 setiap satu-(Ayu sudah tersalah potong Ayu hiris kasar2)
  • 10 tangkai cili padi thai *
  • 3 tangkai cili merah *
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia * (bahan * ditumbuk kasar)
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 6 - 7 batang kacang buncis - kerat panjang 3 inci-(Ayu gunakan kacang panjang)
  • sedikit lobak merah - dihiris halus
  • sedikit daun bawang - dikerat-kerat 2 inci
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa (optional)
  • minyak masak secukupnya

Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dan goreng tofu telor hingga berkulit, angkat dan toskan.
  2. Kurangkan minyak tinggal 4 sudu besar dan tumiskan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan lobak dan diikuti kacang buncis.
  5. Kemudian masukkan pula tofu telor tadi. Kacau rata perlahan agar tofu tidak hancur.
  6. Bila semua bahan telah bersalut, seimbangkan rasa. Tutup api.
  7. Taburkan daun bawang  dan kacau balik perlahan biar rata. Hidangkan

2 comments:

adda syuhada said...

terliurnya la...adda suka betul tofu telur ni..lembut plk tu..slalunya masak sup jer la..cmni xpernah wat lagi..bleh cuba jgk nanti..

Ayu said...

adda - akak pun suka tofu telur..tapi mesti digoreng dulu..baru makan..hehe, selalu kalau buat sop, anak2 aje yang makan..hehe