Thursday, February 28, 2013

Blueberry Torte

Kek ni kita buat untuk my father's birthday 8th February yang lalu..hari lahir yang ke 73 tahun. Walaupun diberitahu tak payah buatkan kek untuknya alasan dia dah tua..kita tetap nak buat juga..yalah bila lagi nak bake cake yang macam2 kalau tidak on birthdays kan..time nilah juga kita nak practice apa2 yang patutkan....hehe..
Since my dad ni tak berapa sangat with chocolate kita buat this blueberry flavour for him..
Alhamdullilah makan jugalah sepotong..hehe...yalah ayah kita ni kalau  kek2 berkrim makan gitu2 ajelah tak ada makan beriya2..Anak2 pulak kalau bukan chocolate slow motion aje makan..hahaha..yang ada tu makan keknya aje creamnya dia buang..itu sebablah kita kalau buat kek mesti nak bercoklat..so siapa2 yang singgah sini asik kek coklat aje sorry lah ya..puan tanah kedaung, terpaksa ikut pasaran dirumah ni..hehe..

Deco cake ni pada kita masih belum smooth lagi..Ingat nak buat different tones of purple, bubuh colour pun sikit2 just enough for one colour, then bila pipekan dia keluar macam semperit, sebab cream tak cukup dan sikit..last2 sudahlah just use one colour ..sebab mood tak kuasa dah datanglah tu..:)
Anyway, recipe ni kita ambil dari buku Delicious Cakes...sebenarnya this Blueberry Torte kita pernah buat dulu, tapi itu orang order..alahai dah ambil order ke si Ayu ni?..Oh tidak..kalau ambil pun yang kenal2 aje..itupun kek2 yang kita dah pernah buatlah, seperti Red Velvet Cake & Devil Food Chocolate Cake...yang ni pun sebab my biras(isteri kepada abang ipar, Mr Hubby's eldest brother) yang beriya2 suruh kita buat, she ordered to surprise suaminya ..bila time terima order ni kita macam tak confident tau, sebab apa, she nak kek yang kita belum pernah cuba!!!..Uish dah lah tu..bukan coklat tapi blueberry...macam biasalah makcik terus stoink...hahah..menggelabah cari recipe kek blueberry..Nasib baik jumpa yang ni..alhamdulilah menjadi..anyway, since kek macam ni tak mendapat sambutan yang hangat dirumah, ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dioffice Mr Hubby..wakakaka..sebab separuh dari kek ni kita suruh Hubby bawa..Mr Hubby pulak, time kat officelah baru dia makan..kat rumah dia tak pandang langsung..he said..within minutes, the cake dissappeared in thin air...and the comments was very nice!!!...
Yalah kat office Mr Hubby tu..kayu & batu pakkal tak boleh makan, kalau boleh makan..pun dia orang cakap sedap..hahahaha...tapi serious kek ni sedap pada yang suka perasa blueberry :) 
Oh yes kalau nak guna recipe ready spongecake mix pun boleh ya..just adjust ikut sukatan kat packaging tu, then decorate ikut suka....

Blueberry Torte
Sources:-From Delicious Cakes
Tried &Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:-
Chocolate Sponge Cake
A
250g eggs-(Ayu used 5 eggs grade B)
125g castor sugar
110g cake flour
15g cocoa powder
50ml UHT milk
15g ovalette
65g corn oil

B
1 tsp vanilla essence
65g corn oil

Filling:-
400g blueberry pir filling
300ml Rich's Gold Label Whipping Cream-(Ayu use Red Man)
1 tsp gelatine(mixed with 30ml water)

For Ganish:-
250g whipping cream(whipped)
some fresh strawberries
some grated cooking chocolate

Method For Cake:-
Line and grease a 9" cake tin. Preheat oven at 180C.-(Ayu just line with baking paper that does not require grease. Ayu did not grease sides of tray also cos didnt want the cake to shrink)
In a mixer, whisk at high speed for 5 minutes all the ingredients(A). Mixture should be thick and fluffy.
Turn to low speed and add in ingredients (B) and mix until just combined. Pour batter into cake tin and bake 35-40 minutes. Invert cake for 5 minutes before turning over to cool completely. Slice cake into two.

Method For  Filling:-
Sprinkle the gelatine into the water and let it soak for 5 minutes. Double Boil until mixture is clear.
Whip up the cream until fluffy and spread over one layer of the cake. Top with 180g of pie filling. To the rest of the pie filling add in gelatine mixture above.
Repeat for the next layer of cake and decorate to creativity. Top with some strawberries and chocolate. Refrigerate until set before serving. 



Makaroni Gratin Telur Rebus

Makaroni, kalau kat rumah ni either berkuah atau goreng mesti nak yang colour merah..walaupun kita tahu, rakyat jelata tak berapa into 'white' coloured makaroni' kita tetap nak cuba juga, sebab ada telur rebus ....bila, Jasmeen tayang kat dapur mayanya, memang dah aim nak buat tapi  masuk list dulu..then nampak kat dapur Ratna, itu yang lagi kuat nak  mencuba..hehe...
Well, yang bedal banyak budak2 & mak budak..nenek budak, datuk budak & bapak budak, tak berapa ler..well dapat lah kita makan lebih...boleh gitu?..haha..
Sedapp ditekak ku ini..lain dari makaroni yang selalu kita cuba..kita ni macam biasalah kan..mesti nak tambah cili padi dalam bahan2nya tu..sebab pada kita kalau tak pedas, a bit muaklah sebab very chessy, makaroni ni..Apa2 pun banyak2 terimakasih pada Jasmeen sebab berkongsi recipe yang mantop ni..minta izin dipanjang2kan disini pula..



Bahan2
  • 1/2 bungkus macaroni (rebus sehingga lembut)-(Ayu rebus 1 packet 500g)
  • 3biji telur (rebus dan belah 4)-(Ayu rebus 7 biji)
  • 1 labu bawang besar - potong dadu-(Ayu gunakan 21/2 biji bawang besar)
  • 1 biji carrot - sagat
  • Udang sederana besar (kalo x der pun x per)-(Ayu guna udang, rasanya lagi sedap)
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa +serbuk perasa -(Ayu tambah)
  • 10 biji cili padi dihiris halus-(Ayu tambah)
  • sedikit daun bawang & sup dihiris-(Ayu tambah)
  • Sedikit myk utk menumis.
Cara:-
  •   Panaskan myk..& tumis bawang sehinggan layu...
  •   Masukkan carrot & seafood ... kacau hinggan sebati...
  •   Masukkan lada hitam n garam.
  •   Akhir sekali, masukkan macaroni & gaul rata...
  •   Ketepikan sebentar.

Bahan sos putih
  • 1 tin Sos prego cream & cheese (tin kuning)-(Ayu guna cheese & herbs)
  • Sedikit mix herb..kalo ada-(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
  • 3 ulas bawang putih-(Ayu guna 1 sudu kecil bawang putih kisar)
  • Myk utk menumis-(Sedikit aje)
Cara:-
  •  Panaskan myk..tumis bwg putih hingga wangi
  •   Masukkan sos prego & sedikit air.
  •   Masak hingga mendidih & taburkan mix herb
  •   Tutup api
  • Mozarella cheese secukupnya.

Cara Assembling:-
  •  Panaskan oven & masukkan separuh dr macaroni kedlm kaserol tahan bakar.
  •   Curah separuh sos putih
  •   Aturkan belahan telur rebus.
  •   Tabur sedikit mozarella cheese
  •   Masukkan abki macaroni & curah sos putih ...
  •   Tabur mozarella cheese..byk2 lg sedap
  •   Bakar 20min.. 150degree

Acar Ayam Goreng


Selalu kita dengar dan buat acar ikan goreng, tapi kali ni cuba pula acar ayam goreng..Bila Kak Asma, post kan recipe ni kebetulan..beberapa hari lepas tu kita tutup blog kita..so tak dapatlah nak posing dalam blog ..masak sewaktu dapur maya ini dikunci..huhu..

Anyway, lauk ni memang sedap dan kena dengan selera kami sekeluarga..Simple yet delish..bertambah2 nasi tau..Terimakasih Kak Asma, memang betul kata akak sodapppp!!..Kita panjang2kan disini pula ya..

Acar Ayam Goreng
Source dari Sajian Selera KakAsma
Bahan2 yang diperlukan:
  • 1/2 ekor ayam(kalau boleh ambil isi ajer)-(Ayu gunakan 1 ekor)
  • 3 sudu besar cili giling-(Ayu gunakan 2 sudu besar aje)
  • 1" halia dihiris batang mancis
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit biji sawi
  • 6 biji bawang merah}
  • 5 biji bawang putih }Biarkan sebiji sebiji
  • 1 biji lada merah buang biji dalam nya}
  • 1 biji lada hijau buang biji dalamnya}hiris panjang
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cuka
  • garam,gula,perasa
  •  
Bahan dihiris panjang
  • 1 biji timun dan karot( direndam dengan sedikit air kapur bagi merangupkan nya)-(Ayu gunakan 1 batang timun dan 1/2 batang karot)
Caranya:
  1. Ayam dipotong kecil kecil,bersihkan kemudian lumurkan dengan kunyit dan garam dan goreng garing.dah siap ketepikan
  2. bahan bertanda* dikisar halus dan campurkan dengan cili giling.
  3. Panaskan minyak  masukkan halia yang dihiris tadi.kacau sebentar,kemudian masukkan bahan kisar dan cili giling.kacau hingga naik minyak.
  4. Kemudian masukkan tomato sos,gula garam dan perasa,ayam goreng,bawang merah dan putih biji,lada merah dan hijau yang dipotong dan biji sawi..
  5. masukkan cuka..kacau rata,kalau kering boleh tambahkan sedikit air..
  6. Akhir sekali masukkan timun dan karot tadi..Biarkan sebentar.
  7. Kacau rata.matikan api dan boleh lah dihidang kan.
Lauk ini enak kalau dimakan dengan ikan kering juga...

Nigella's Chocolate Chocolate-Chip Muffins

Buat Muffins ni dah lama dah..actually masih ada 2 types of muffins yang kita buat but belum ada chance masuk blog...Tak apa kita tayang yang ni dulu lah..Anak2 suka muffins ni even my my mum pun suka..sedapp..Sekejap aje dah habis..Nak buat pun senang aje..yalah kalau muffins memang senang nak buat..just kacau2 aje dalam bowl tak payah nak guna eletric whisk ke apakan.. Terimakasih Ady, for sharing this nice recipe..minta izin akak letakkan disini pula ya..:)

Nigella's Chocolate Chocolate-Chip Muffins
 (recipe source : adapted from SSB with minor changes)

*makes 12-14 muffins

Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction



Ingredients:-

250g plain flour

2 tsp baking powder

1/2 tsp baking soda

2 tbsp good quality cocoa powder

170g caster sugar

150g chocolate chips (save 1/4 of the chips for sprinkling)

200ml milk                                                                                                                      

80ml vegetable oil

1 large egg

1 tsp pure vanilla extract



Method

 1. Preheat the oven to 200 deg C (next time I will reduce to 180-190c).

 2. Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 of the chocolate chips into a large bowl and mix well.

 3. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug and mix well.

4. Mix the dry and wet ingredients together with slow and gentle strokes. Stop stirring once the last traces of flour disappear. Do not overmix. A lumpy batter will ensure the muffins stay moist and fluffy.

 5. Spoon the batter into paper muffin cases.

 6. Sprinkle the remaining 1/4 chocolate chips on top and bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.


Rendang Kacang Nismilan

Bila Sheila, tayang lauk ni buat pertama kalinya hari tu..kita terus, copy recipe...sebab ingredients nya ada pedal, which Mr Hubby suka..kebetulan kita nak buat ni time sibuk nak Chinese New Year ..pergi pasar pun dah terlewat sikit, on Saturday afternoon nak cari kacang panjang ler..dah habis rupanya..sebab that evening mostly the Chinese ada makan bersama keluarga which is the New Year Eve..so para peniaga pun banyak yang dah nak pack up untuk balik dan bercuti untuk beberpa hari..
So terpaksa tangguh, hingga the following day, Mr Hubby decided to drive into JB..Bila dah masuk tu tempat yang mesti kita singgah ialah di KIPMART or kita panggil SMART, bahagian pasarnya....ah kat situ..raya orang cina ke, orang india ke or even raya melayu pun dia tetap buka..so kita grab kacang panjang dulu sebab memang dah teringin sangat nak mencuba..

Bila kita dah siapkan semua bahan2 tu..kita realised, ada bahan 'telo' confirm  tak ada kat sini..sebab telo yang dimaksudkan ialah telo yang belum jadi yang setahu kita hanya dijumpai dalam perut ayam..maklum ler, kat sini susah nak jumpa orang jual ayam yang baru disembelih fresh on the spot..kalau ada pun dah siap buang bulu segala tapi fresh dari pusat penyembelihanlah..So what I did was kita gantikan dengan telur burung..hehe..jadilah kan asal ada telur..kahkahkahh..oh hati ayam kita tak gunakan sebab tak ramai yang suka..so just guna pedal & telur burung aje..Verdict sedap kata Mr Hubby..Terimakasih Sheila for sharing ya..minta izin dipanjangkan disini pula untuk rujukan akan datang..:)

Rendang Kacang Nismilan
Sources:-From Sheila@spices journey
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN BAHAN :

300 gm Kacang Panjang
500 gm Isi Perot Ayam (Telo, Hati & Pedal)-(Ayu gunakan pedal 500g & telur burung 30 biji)
500 gm Santan Pekat
Segenggam Cili Padi (atau ikut kepedasan memasing) *
2 inci Kunyit Hidup *
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
3 batang Serai ~~ dititik-(Ayu blender sekali)
1 keping Asam Keping
Sedikit Minyak untuk Menumis
Garam Secukup Rasa Secubit Gula ~~ jika suka


Cara:-
Patah patahkan kacang panjang tu lebih kurang 2 inci. Jangan guna pisau, nanti manis kacang tu hilang. Bersihkan isi perut ayam tu, tos dan ketepikan. Tumbuk atau blend semua bahan bertanda(*).
Panaskan sedikit minyak untuk menumis dan tumis dulu bahan yang ditumbuk tadi dengan serai yang dititik hingga garing dan hilang bau cili. Masukkan juga sedikit garam untuk matikan cili tu. Ada orang buat dia tumis, saya tumis sebab nak masak dulu cili tu supaya tak pedas sangat.Bila dah garing cili tu masukkan isi perut tadi dan goreng sebentar agak separuh masak gitu. Selepas tu masukkan santan pekat dan asam keping. Bila dah hampir kering dan terbit minyak, baru masukkan sayur kacang panjang. Perisakan dengan sedikit gula dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak hingga sayur agak lembut dan layu. Setelah siap bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.

Lemak Tempoyak Tenggiri & Belimbing

Ha..ini pertama kali masak lauk guna tempoyak..sebelum ni..memang tak terbayang atau tak terfikir langsung apa rasa tempoyak ..in fact tak teringin punn, yalah sebab dia asal dari duriankan..paham2  aje ler...hehe..Disebabkan banyak lauk pauk yang dalam internet ni yang kita tengok ada bubuh tempoyak dalam masakkan mereka, jadi teringin pulak nak mencuba..So time kita masuk JB, kemarin..kita ternampak ler tempoyak belilah juga sebab nak try apa rasa tempoyak ni kan..

Surf punya surf terjumpa lauk ni kat dapur Zalinah, kebetulan kita ada beli belimbing buluh dan tercari2 recipe apa yang kena sebab ikan tenggiri pun ada juga, cuma petai aje tak ada..
So terjadilah lauk lemak tempoyak tenggiri & belimbing ni without the petai..

Alhamdullilah, lauk ni habis hingga ketitisannya..hehe my dad suka sangat lauk ni..yalah first because lauk lemak memang dia suka..then ada letak tempoyak lagiii dia suka..hehe..
For me pulak, yang tukang masak, pertama kali makan lauk bertempoyak..boleh tahan sedap ..tak berapa rasa 'kedurianannya' tu..hehe cuma rasa masam ajelah kan..so pass, lain kali boleh dimasak lagi guna tempoyak..:)
Terimakasih buat Zalina kerana berkongsi resipi lemak tempoyak ni ya..sedapp..kita minta izin dipanjangkan disini pula untuk rujukan masa akan datang ya..

Lemak Tempoyak Tenggiri & Belimbing
Adapted From Lemak Tempoyak Tenggiri & Belimbing Berpetai
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan :
6 keping ikan tenggiri-(Ayu gunakan 4 keping)
3 papan petai-(Ayu tak letak ni)
15 biji belimbing buloh
1 helai daun kunyit - dihiris halus-(Ayu carik2 aje)

2 batang serai - dititik
2 sudu besar tempoyak
4 cawan santan-(Ayu gunakan 1 kotak santan kara, dan sedikit air aje)
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
20 biji ciliapi*
1 in kunyit hidup* - semua bahan*dikisar


Cara-cara :
Masukkan santan, tempoyak, serai dan semua bahan yang dikisar halus didalam periuk. Masak diatas api perlahan.
Masukkan ikan dan kacau hingga masak.
Masukkan belimbing buloh dan petai. Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan daun kunyit dan tutup api.
Sedia dihidang.

Wednesday, February 20, 2013

Talam Gurai


Sebenarnya Kuih Talam Gurai ni kita dah buat lama sebelum puasa tahun lalu, disebabkan kita tak dapat jumpa, or terlupa mana kita dah letak recipe ni, kita terpaksa tangguh dulu, sebab on the print out ada those things yang kita scribble dan adjust...Bila pertama kali kita tengok recipe ni kat dapur maya Kak Nur..macam terpanggil untuk mencuba sebab dalam bahan2nya tu ada satu bahan yang kita suka makan, eh minum, air kelapa laut..dulu waktu duduk di Kuala Lumpur (kita pernah tinggal diSentul tau tumpang rumah cousin kat sana, kalau pernah dengar Flat Sri Kelantan, ah kat situlah kita tinggal selama 2 tahun(sebelum berumahtangga)..sebab bekerja di Segambut, hari2 pergi Kerja, bergayut kat pintu bas SJ kalau tak silap(warna biru time tu), sebab bas penuh..kalau tak naik, maka lambat ler pergi kerja.., uish those were days..tak dapat ku lupakan ..heheh....

Ok back to this, kita pernah pergi Petaling street dan minum air sea coconut ni kat sana..dan lagi satu air mata kucingnya uish memang sedap ler..itu yang teruja nk cuba kuih ni..Talam ni got its own unique taste..ada rasa macam koleh2 pun ada sebab guna tepung kacang hijau(mung bean powder)..sedap ditekak kita..terimakasih Kak Nur for sharing this recipe, kita panjang2kan disini pula ya..:)

Talam Gurai
Resipi: Adaptasi dari buku One Publisher
Sumber: Nuridah Salleh
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction

Bahagian Bawah
100 gm gula pasir
100 gm tepung ubi
200 gm tepung kacang hijau
300 gm gula melaka atau gula merah
1 tsp pewarna coklat (pilihan)
1 tin kelapa laut dihiris kecil
1 tsp garam
1200 ml santan cair-(Ayu gunakan 300 santan pekat + 900 air)
2 helai daun pandan

 Cara-Cara
1. Masak gula melaka, gula pasir, daun pandan dan sedikit garam dengan
separuh dari santan cair tadi, tapis.
2. Bancuh lebihan santan bersama tepung kacang hijau, tepung ubi dan garam,
tuang air gula tadi, gaul rata.-(Ayu tapis)
3. Panaskan adunan hingga naik wap dan masukan kelapa laut. Tuang ke dalam
loyang (10 x 10)" yang dialas kertas plastik dan kukus hingga masak.


 Bahagian Atas
30 gm tepung ubi
100 gm tepung beras
100 gm gula
50 gm sagu biji (cuci dan toskan)
250 gm air kelapa laut (1 cawan dari tin kelapa laut)
800 ml santan pekat-(Ayu gunakan 400g santan pekat + 400g air)
1 tsp garam


Cara-Cara
1. Satukan semua bahang kecuali sagu biji, gaul rata(Ayu tapis lepas gaul, baru dipanaskan) dan panaskan diatas api
perlahan hingga naik wap. Masukkan sagu biji.
2. Tuang keatas lapisan bawah tadi dan kukus lagi selama 15 minit atau
hingga masak.

Nasi Biryani & Ayam Biryani Masjid Khadijah

Kalau dibulan puasa disini..nasi biryani masjid khadijah memang famouslah .. normally ia akan dimasak mengikut jualan amal melalui talian telepon, atau sebagainya..yang kita ingatlah satu resit harganya S$10 or S$15 gitu untuk satu packet nasi biryani ni...So menderma sambil beramal gitu...
Recipe yang kita dapat ni, adalah dari buku resepi Asatizah,hadiah dari my sister in law... buku recipe yang memuatkan recipe2 dari Asatizah2 diSingapura...Recipe asal dari Ustaz Ali ..yang kita tahu ustaz nilah yang akan memasak nasi biryani dimasjid Khadijah..
Recipe asal menggunakan daging, tapi kita tukar ke ayam...Macam biasa, kalau masak nasi biryani kita tak berapa suka ayam dicampur dalam nasi, sebab tak nak ayamnya hancur..so kita cuma masukkan kuah dan bahagian ayam yang tak berisi sangat aje...Cubalah, sedap tau nasi ni..

Nasi Biryani & Ayam Biryani Masjid Khadijah
Sources:-From Ustaz Ali Bin Mohamed@Buku Resepi Asatizah
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan untuk Daging Biryani:-
1kg daging dipotong menjadi 10 keping-(Ayu gantikan 11/2 ekor ayam)
125g rempah biryani-(Ayu gunakan 7 sudu besar aje)
125g halia dikisar-(Ayu gunakan 20g - dalam 2inci)
125g bawang putih dikisar-(Ayu gunakan 30g - dalam 6 biji)
5 biji bawang besar dihiris- (Ayu gunakan 3 biji aje)
5 batang lada hijau dihiris 1/2 inci-(Ayu gunakan 3 biji aje)
5 batang lada merah dihiris 1/2 inci-(Ayu gunakan 3 aje)
100g daun pudina-(Ayu tak letak)
100g daun ketumbar-(Ayu anggaran segenggam)
4 sudu besar tomato puri-(Ayu gunakan satu tin kecil)
1 biji limau nipis diambil airnya-(Ayu tak letak)
125g bawang goreng
100g badam direbus dibuang kulit dan kisar-(Ayu gunakan segenggam aje)
100g gajus digoreng -(Ayu gunakan segenggam aje)
100g kismis-(Ayu tak ada stok)
5 sudu besar minyak sapi-(Ayu gunakan minyak biasa je, sebab terlupa..hehe)
4 biji tomato biji dibelah 6-(Ayu gunakan 2 biji aje)
100g tairu-(Ayu gunakan 3 sudu besar aje)
5 biji bunga cengkih-(Ayu gunakan 4 aje)
5 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 4 aje)
2 inci kayu manis
garam & perasa secukup rasa
4 biji cili padi dikisar-(Ayu tambah)
air secukupnya-(Ayu lebihkan sedikit sebab nak berkuah)


Cara Memasak Daging biryani:-
Panaskan minyak. Tumis bawang, cengkih, pelaga dan kayu manis. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan halia dan bawang putih serta bawang hiris. Masak sebentar.
Masukkan daging(Ayam) dan rempah, tomato, lada merah dan hijau. Masak hingga separuh masak.
Kemudain, masukkan tomato puri, tairu, badam kisar, kismis, daun pudina, daun ketumbar dan garam secukup rasa. Masak sehingga sempurna.
 Akhir sekali masukkan air limau nipis, bawang goreng, gajus goreng dan kacau sehingga rata. Kecilkan api. Biarkan hingga keluar minyak dan ambil kesemua minyak untuk memasak nasi.


Bahan-bahan untuk nasi biryani:-
1kg beras basmathi
5 biji bunga cengkih-(Ayu gunakan 3 aje)
5 biji bunga cengkih-(Ayu gunakan 3 aje)
3 inci kayu manis-(Ayu gunakan 3cm aje)
50g daun pudina
50g daun ketumbar
$5.00 kuma-kuma dicampur dengan secawan air suam-(Ayu tak ada ni so Ayu bubuh pewarna kuning dan campur dgn air aje)
1 tin susu cair-(Ayu gunakan fresh milk aje)
3 helai daun pandan
100g bawang goreng
3 liter air
1 cawan minyak daging(ayam)-(Ayu gunakan kuah dari ayam juga sikit)
garam secukupnya dilarutkan didalam air


 
Cara memasak nasi biryani:-
Air dimasak hingga mendidih. Masukkan bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis serta daun pandan.
Cuci beras, selepas itu direndam selama 1/2 jam.
Masukkan beras yang telah ditoskan dalam air yang mendidih. Rebuskan hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
Daging(Ayam) biryani yang telah dimasak diletakkan didalam periuk atau rice cooker yang mempunyai muatan capacity 3 liter.-(Ayu cuma masukkan bahagian yang tak berisi, seperti bahagian tulang aje, sebab takut hancur.)
Ambil beras yang telah direbus tadi. Letakkan diatas daging(Ayam). Buat beberapa lapis dengan setiap lapisan ditaruh sedikit daun pudina daun ketumbar dan bawang goreng serta direnjis dengan kuma-kuma-(Ayu renjis dengan pewarna kuning aje).
Siramkan minyak daging tadi dan susu cair pada lapisan yang teratas.

Kerutuk Ayam &Telur


Kerutuk  atau kerutup kita pernah masak dulu tapi gunakan Udang, dan tak gunakan rempah yang macam kat bawah ni...Tak salah dulu kita ada beli rempah kerutuk tapi kalau tak salah brand adabi kot?..Tapi yang tu kita gunakan Sotong..ermm boleh kita katakan kali ni kita masak kerutuk lagiiii sedap...

Kali ni kita cuba recipe kerutuk ayam & telur ni..sebab kita ada rempah kerutuk yang diterbang  jauh nun dari Ganu..Subhanallah sungguhlah sedapppp pada kita..boleh dirate dasyat sedapnya..haha..
Tak terkata, sedapnya ni..kita masak lepas tu baunya pun harum dengan bau daun pandan dan rempah2 tu sampai masuk dalam bilik tau..heheh..Bila kita makan nasi panas2 dengan lauk ni..masyaallah..terasa memang macam kat kampung gitu, imbasan suasana kampung terus flashback gitu..hahaha...nasi berlunggun dalam pinggan..habis kau..tambah lagi sesenduk..amboi..tak ingat ada suami atau anak..heheh...begitulah pukulan kerutuk ni tau!!!

My mum pun cakap sedapp..Mr Hubby & the kids, berselera betul kita tengok dia orang makan..alahai berbaloi lah kira masak lauk ni!!!...Terimakasihlah  buat teman yang menghantar rempah ni pada kita ya..
hanya tuhan saja yang dapat membalas budi baik mu itu.. 
Oleh kerana, rempah datang dari Ganu, kenalah cari recipe dari Ganu juga kan..so kita cuba recipe kerutuk ayam dari dapur maya Nor Terengganu..., minta izin ya Nor dipanjang2kan recipenya disini pulak..memang bestlah recipe ni..basically both recipe & rempah sudah menjadi my family favourite ler..Apa yang tinggal rempahnya tu kenalah guna cermat2..heheh..:)
psst..kalau dah habis nak order lagi boleh tak?..hehehe

Kerutuk Ayam & Telur
KERUTUK AYAM K.Nor Style
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction


Bahan:-
1 ekor ayam ~ dipotong 4(nak potong kecik2 pun boleh)-(Ayu guna ayam griller so kecil sedikit)
3 sudu besar rempah kerutuk/gulai ~ bancuh dgn sedikit air panas-(Ayu guna REMPAH ASLI KAMPUNG -Dayang Suri, dari Terengganu-Sedapppp)
1 cawan santan fresh-(Ayu gunakan 1/2 santan pekat dari 200ml kotak)
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar cili mesin-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
2 sudu besar kerisik-(Ayu gunakan 11/2 sudu besar aje)
2 helai daun pandan
1 bj bawang besar ~ potong 4
2 bj cili merah ~ belah 2-(Ayu campak cili padi merah buat kunyah..heheh)
nisan/gula melaka-(Ayu guna gula melaka sebesar ibu jari)
garam
minyak

bahan penumis (rempah 4 beradik):
1 btg kulit kayu manis (dlm 2 in panjang)
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan yg diblend:
1 labu bawang besar
3 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
1in halia
1in lengkuas
1in kunyit hidup




Cara:-

Panaskan minyak dan tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga sedikit garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air panas.
Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping.
Masukkan ayam dan gaul sebati.
Biarkan rempah mesra kat ayam dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air.
Biarkan hingga mendidih.
Pastu masukkan santan fresh, nisan/gula melaka.
Masak hingga hampir pekat dan masukkan kerisik.
Masukkan bawang besar yg dipotong 4 dan cili merah yg dibelah 2.
Masaklah hingga ayam masak dan kepekatan yg disukai.
Hidangkan panas2.

* Jika nak letak telur dlm kerutuk:
kupas kulit telur yg dah direbus, belah sedikit telur (2 atau 3 belahan - hanya kena putih telur jer)
kemudian goreng dalam minyak yg panas hingga kekuningan
angkat dan toskan.
(telur perlu dibelah supaya tidak meletup semasa proses menggoreng)


# Kerutup ayam ni selain dimakan dgn nasi putih, sedap sgt dimakan dgn pulut kuning.
Selain tu best gak makan dgn roti.
Selain penggunaan ayam, boleh tukar kepada daging.


Sambal Ikan Bilis & Kacang

Teringin pulak nak makan ni hari tu..kebetulan kacang tanah dalam pantry pun macam dah lama beli tapi tak gunakan, so before expire baik kita make use of it....entah kenapa nak makan ni pulak..selalunya kalau kita masak bubur, kita akan gandingkan lauk sambal ni..mungkin juga kita suka buat ratah2 gitu2 aje depan tv..hehe...Budak2 suka cemil2lan potato chips, chikadees, twisties...mak budak cemil2 menu ni..hehe..buat banayk sikit bubuh dalam botol dan bila2 nak makan just scoop ajelah or bila2 tak ada lauk , boleh juga lawankan dengan nasi panas2..:)

Lain kali nak cuba buat dengan kerepek ubi pulak ler, just guna recipe ni ..bukan apa, kita pernah buat kerepek ubi pedas tu..tapi silapnya bila letak bawang dalamnya, kerepek ubi jadi lemau after sometimes....so this time dah tahu dah no bawang just cili, cuka, gula dan belacan sikit..well ini pada pendapat dan tru my observations ajelah ..kot2 mana tahu ada kawan2 yang dah cuba letak bawang tapi masih maintain kerangupannya tu..ataupun mungkin juga masukkan kerepek ubi bila sambal dah sejuk tak tahu pulak ...:)

Sambal Ikan Bilis & Kacang
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
2 cawan kacang tanah digoreng ketepikan
2 cawan ikan bilis dibelah dua buang najisnya digoreng dan ketepikan
1/2 cawan cili kisar
1/4 cawan gula
3 sudu besar cuka
1 sudu kecil belacan serbuk
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara:-
Panaskan minyak, tumis cili kisar bersama belacan hingga naik bau dan garing. Perasakan dengan garam & serbuk perasa. Masukkan gula, gaul rata, kemudian cuka gaul lagi sehingga sebati. Agak2 sambal dah agak kering, matikan api.Tunggu ia sejuk sekejap. Masukkan ikan bilis & kacang tanah goreng tadi. Gaul hingga sekata dan siap untuk dihidang. Boleh disimpan dalam botol kalau ada lebihan untuk makan lain kali.

Ketam Percik

Kalau beli ketam, asiklah masak kari...sekali2 ubah rasa, kita cuba masak ketam percik ni...bila singgah kat dapur Kak Zana, terus terpikat dengan menu yang ditayang.. The following weekend, kita suruh Mr Hubby cari ketam, sebab dalam kepala nak cuba masak lauk ni pulak..Alhamdullilah, kita berdua bedal ketam just for lunch aje, sorang 2 ekor..my parents pulak tak ada ..then budak2 memang tak makan ketam..
kenyang awak..tersandar kekenyangan ler petang tu..hehehe..

Kita masak ketam ni, hingga agak pekat so lama juga ler..dengan menggunakan api kecil dan tutup periuknya..basically hingga santannya tu macam nak jadi tahi minyak sikit gitu..Terimakasih to Kak Zana for this recipe, minta izin dipanjangkan disini pula ya..:)

KETAM PERCIK
Sources:-From @blogsurirumah
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
3 ekor ketam, siang dan bersihkan-(Ayu gunakan 4 ekor mud crab)
1 cwn santan pekat -(Ayu tambah air sedikit sebab takut kering sangat dan hangus)
3 sudu cili kering atau cili tumbuk
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1 labu bawang besar
1 btg serai, di titik-(Ayu guna 2 batang serai)
sedikit kunyit hidup dan halia
garam dan gula -(Ayu guna perasa + 1 sudu kecil gula)

Tumis bahan kisar iaitu cili kering yg di mesin, bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar, halia dan kunyit.
Setelah naik baunya, masukkan santan pekat dan serai.
Masukkan ketam dan kecilkan api.
Masukkan garam dan gula.
(kakpb tak guna kerisek)
-(Ayu masak tutup kuali dan menggunakan api yang kecil, sehingga kuahnya pekat dan ada  seakan akan nak jadi tahi minyak, baru Ayu matikan api.)
Bila ketam dah masak, bolehlah di angkat.

Tenggiri Masak Garo Rica

Dalam fridge ada 2 ekor ikan tenggiri....kalau tanya my parents, nak masak apa....asam pedas aje lah dia orang kata..huhu...so this time, nak cari recipe lain sikit dari biasa..surf the net, terus terbekan dengan recipe dayang ni..tanpa berlengah teruskan project..ermm, sangat menepati citasara kami..sedapp..lain dari yang lain.. Thank you Dayang for this marvelous recipe..akak minta izin dipamerkan disini pula ya..

Tenggiri Masak Garo Rica
sumber : Majalah Sedap, Mac 2010
adaptasi : DayangJack@DapurKu SaYang

Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction

bahan-bahan :

  • 500 g kepingan ikan tenggiri
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • sedikit garam
  • 8 biji bawang merah (dihiris nipis) - boleh juga dikisar jika suka-(Ayu Kisar)
  • 2 batang serai (diketuk)-(Ayu kisar)
  • 2 sudu besar cili giling/cili kisar
  • 3 helai daun bay (optional)-(Ayu tak letak)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • air secukupnya
  • 2 sudu besar kicap manis
  • sedikit serbuk lada sulah

bahan-bahan kisar :

  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili merah (dibuang biji)-(Ayu 10 batang gunakan cili padi)
  • 6 biji buah keras (disangai)-(Ayu tak sangai - gunakan 4 aje)
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Perapkan ikan bersama air asam jawa dan garam selama 30 minit(Ayu perap dengan jus limau, garam & kunyit). Kemudian, gorenglah dengan api sederhana sehingga berkulit. Jangan goreng terlalu lama supaya tidak keras. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, serai, daun bay, bahan kisar dan cili giling/kisar hingga terbit aroma dan pecah minyak.
  3. Masukkan ikan tenggiri dan kacau hingga tersalut rempah.
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit, kicap manis, garam dan serbuk lada sulah. Masak hingga pekat dan rempah menyerap. 
  5. Hidangkan setelah masak.

Mee Hailam Special

Menu yang kita buat dah lama juga untuk berbuka puasa...teringin pulak nak makan mee hailam..dah lama juga tak makan..so decided to try this one, masak pun ikut apa yang ada dalam fridge.....oklah rasanya...tapi if were to compare kita lagi suka mee bandung..heheh..walaupun begitu, anak2 suka makan ni, they tak banyak songeh bila part menu mee ni..mostly all kinds of noodles they like...so senang jugalah kalau tak ada idea nak masak lauk apa, masak mee dah cukup dah....settles for the day..:)
Terimaksih puan punya recipe minta izin dipanjangkan disini pula ya..:)
Mee Hailam Special
Sources:-From zyhananie@myresipi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan(5 orang makan)

  • 1 peket mee kuning, 
  • 5 biji bwg putih-kisar, 
  • 1 sudu makan cili kering-kisar, 
  • sedikit udang,
  • sedikit daging, 
  • sedikit ayam, 
  • sedikit sotong. 
  • Bahan sayuran, sawi pakchoy, 
  • cendawan bunape@shimeji atau apa2 saja asal cendawan, 
  • tomato. -(Ayu tak ada stok, so Ayu tambah tomato sos aje)
  • Bahan kuah: 
  • kicap manis,
  • 6 sudu makan sos tiram, 
  • 3 sudu makan tepung jagung + campur sedikit air masak
  • daun sup+bwg goreng, 
  • cili jeruk (wajib ada-utk dimakan bersama mee)

Cara

  1. Tumis bwg putih hingga naik bau, masukkan cili kering kisar. Biar garing. 
  2. Tambah air dan masukkan bahan spt ayam, daging, biar sampai lembut. 
  3. Masukkan kicap dan sos tiram. 
  4. Masukkan udang +sotong. pastu baru masukkan sayuran kecuali tomato.
  5. Bila kuah dah elok masak, masukkan mee kuning, dan tomato. 6. masukkan tepung jagung yg dibancuh air. Tutup api. Jgn masukkan garam atau letak sedikit saja sbb kuah dah masin. siap dan elok mkn panas sbb kuah cepat meresap dlm mee.


Kari Daging Ala Mamak

Kalau tak silap.. kita masak ni pada hari lahir Mr Hubby kemarin..masak pun 500g(1/2kg) aje..sebab plan malamnya nak keluar makan diluar untuk celebrate Mr Hubby's birthday..ini pun sebab anak2 balik sekolah nak makan so masak ni ajelah hari tu..
Macam biasa, nak masak lain sikit dari kari biasa, this time nak cuba kari ala mamak pula..google, jumpa yang ini ..Sedapp, memang terasa kemamakannya..only thing kita tak masak pekat sebab nak berkuah sikit so kita masak cair sikit..Terimakasih puan punya recipe for this... minta izin dipamerkan disini pula ya..

Kari Daging Ala Mamak
Adapted from Kari Kambing Ala Mamak
Sources:-From Wanshilaklm.blogspot.com
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-  
1/2kg daging kambing - dihiris kecil/kiub-(Ayu gunakan daging lembu)
3 biji kentang - potong 4 atau 6
5 sudu serbuk kari babas - bancuh dengan sedikit air-(Ayu gunakan 6 sudu besar)
1 batang kulit kayu manis - dipatah2kan
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
4 kuntum bunga cengkih
1 labu bawang besar merah / 5biji bawang kecil - dimayang
3 ulas bawang putih -dicincang
1 inci hali - dimayang
1 inci lengkuas - dihiris/ketuk-(Ayu tak letak)
3 tangkai daun kari
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
asam jawa sebesar ibu jari - bancuh dengan sedikit air
3-4 cawan air

Cara2:
1. Terlebih dahulu, rebus daging kambing bersama halia yang diketuk sehingga empuk. Kemudian masukkan kentang. Rebus sehingga kentang masak/empuk. Tutup api dan ketepikan.

2. Tumis rempah ratus (kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih) ke dalam kuali. Setelah naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Biarkan sehingga bawang layu dan wangi. Masukkan daun kari. Biarkan seketika.

3.  Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga kari masak (berketul dan bertukar warna-kelihatan lebih pekat dan berkilat). Boleh tambahkan minyak jika tidak mencukupi atau kari lambat garing/masak.

4. Masukkan daging kambing, kentang dan air rebusan daging tadi. Tambahkan air (agak2 ler nak kuah banyak mana.). Biarkan kuah mendidih. Masukkan garam dan air asam jawa. Tutup api setelah kuah agak pekat