Wednesday, February 20, 2013

Kari Daging Ala Mamak

Kalau tak silap.. kita masak ni pada hari lahir Mr Hubby kemarin..masak pun 500g(1/2kg) aje..sebab plan malamnya nak keluar makan diluar untuk celebrate Mr Hubby's birthday..ini pun sebab anak2 balik sekolah nak makan so masak ni ajelah hari tu..
Macam biasa, nak masak lain sikit dari kari biasa, this time nak cuba kari ala mamak pula..google, jumpa yang ini ..Sedapp, memang terasa kemamakannya..only thing kita tak masak pekat sebab nak berkuah sikit so kita masak cair sikit..Terimakasih puan punya recipe for this... minta izin dipamerkan disini pula ya..

Kari Daging Ala Mamak
Adapted from Kari Kambing Ala Mamak
Sources:-From Wanshilaklm.blogspot.com
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-  
1/2kg daging kambing - dihiris kecil/kiub-(Ayu gunakan daging lembu)
3 biji kentang - potong 4 atau 6
5 sudu serbuk kari babas - bancuh dengan sedikit air-(Ayu gunakan 6 sudu besar)
1 batang kulit kayu manis - dipatah2kan
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
4 kuntum bunga cengkih
1 labu bawang besar merah / 5biji bawang kecil - dimayang
3 ulas bawang putih -dicincang
1 inci hali - dimayang
1 inci lengkuas - dihiris/ketuk-(Ayu tak letak)
3 tangkai daun kari
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
asam jawa sebesar ibu jari - bancuh dengan sedikit air
3-4 cawan air

Cara2:
1. Terlebih dahulu, rebus daging kambing bersama halia yang diketuk sehingga empuk. Kemudian masukkan kentang. Rebus sehingga kentang masak/empuk. Tutup api dan ketepikan.

2. Tumis rempah ratus (kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih) ke dalam kuali. Setelah naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Biarkan sehingga bawang layu dan wangi. Masukkan daun kari. Biarkan seketika.

3.  Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga kari masak (berketul dan bertukar warna-kelihatan lebih pekat dan berkilat). Boleh tambahkan minyak jika tidak mencukupi atau kari lambat garing/masak.

4. Masukkan daging kambing, kentang dan air rebusan daging tadi. Tambahkan air (agak2 ler nak kuah banyak mana.). Biarkan kuah mendidih. Masukkan garam dan air asam jawa. Tutup api setelah kuah agak pekat

6 comments:

Shereen said...

Just like mamak's fish curry.. no santan! Ok, masuk list also:)

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Ayu....uiihhhhh kari mamakk...Macam manarikkkkk je

Ayu said...

Shereen - yes shereen no santan used..masam2 sikit..simple aje..:)

Ayu said...

Sue- Walkslm, ..hehe..saja aje ni nak cuba berbagai kari ..:)

Unknown said...

Tgahari nii nk test..hihi daging korban ada g..

Ayu said...

kamarol - harap kena dgn seleranya ya..:)