Monday, April 15, 2013

Muffin Coklat Pisang


Ok ini adalah salah satu mufins yang kita katakan hari tu yang tengah tunggu queue untuk masuk blog..buat pun dah lama juga..ini pun sebab ada balance pisang yang tidak disentuh oleh rakyat jelata, so kita simpan dalam fridge sebab sayang nak buang walaupun kulit pisang tu dah macam arang, hitam belegam..hehehe..(pernah terbaca kat mana dah lupa dah..katanya pisang tak bagus disimpan dalam fridge betul ke tidak..tak sure pulak..)
Kita ni kalau buat kek atau mufins or brownies, kalau nak tambah walnut dalam bahan2nya tu kena fikir 2 kali sebab anak2 akan cungkil kekacang yang ada didalamnya..sabor ajelah kan..so kita tak letak walnut just coklat chips aje for this..Terimakasih Yani, ex-puan punya myresipi for sharing this recipe..kalau nak tahu dari website tulah kita mula belajar macam mana nak masak certain dishes apabila baru berhenti kerja dulu..banyak berjasa website tu..Apa2pun mufins ni sedap dan boleh dicuba kalau ada pisang yang tak laku tu ya..hehe..


Muffin Coklat Pisang
Sources:-From Yani@myresipi
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-(10 biji)
  • 100g pisang
  • 100g tepung gandum
  • 50g mentega-cairkan
  • 20g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur- suhu bilik
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar
  • walnut secukupnya (optional) 
Cara:-

  1. Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
  2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati
  3. Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.
  4. Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
  5. Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
  6. Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.
  7. Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.
  8. Letakkan walnut(Ayu letak coklat chips) di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.

2 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Good morning, boleh la kak Ros buat sarapan pagi ni ya....

Ayu said...

puan Ros - Sila2kan kak ros, tapi itu aje yang tinggal..dah lama habis ni ..hehe