Monday, May 06, 2013

Burger Banjo Lada Hitam

Burger Telur atau Egg Banjo macam ni..selalunya my mum yang suka makan..yalah kalau burger yang ada daging atau ayam tu cuba pelawa kat dia..dari jauh aje dah cebik muka tak nak..heheh..
Yang ni kita buat untuk kita...buat untuk sahur hari tu..hehe...jadilah makan ni dah kenyang sebab penuh dengan sayur dan cheese serta fries..Walaupun recipe simple, tapi nak letak juga..sebab mana tahu bila kita tak ada anak2 bolehlah rujuk recipenya kat blog mamanya ya tak?...Terimakasih puan punya recipe ya..:)

Banjo Lada Hitam
Sources:-From fiverul@myresipi 
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-bahan ( 1 Biji )
  • 1 biji roti burger (apa2 jenama pun boleh)
  • 1 biji telur ayam
  • Majerin
  • Sekeping keju (optional)
  • Kacang pangang Yeo's (optional)-(Ayu tak buat ni)
  • Mayonis
  • Serbuk lada hitam
  • Sos cili Thai
  • Sos perasa Maggie (seasoning)
  • Hirisan tomato, timun, bawang besar dan lobak merah
  • Daun salad

Cara-cara

  1. Panaskan kuali (non-stick pan) dengan beberapa titis minyak masak.
  2. Sapu majerin pada bahagian dalam egg ring (acuan telur) dan letakkan dalam kuali.
  3. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam egg ring. Titiskan beberapa titik sos perasa dan serbuk lada hitam.
  4. Tunggu hingga telur mengeras dan keluarkan dari egg ring. Terbalikkan telur seketika, kemudian bolehlah diangkat.
  5. Sapukan mentega pada roti yang telah dibelah dua dan bakar seketika atas kuali.
  6. Angkat roti tersebut dan susun dengan elok daun salad, hirisan tomato, timun, bawang besar, lobak merah dan keju. Tuangkan sos cili thai dan kemudian letakkan telur di atasnya.
  7. Letakkan sedikit kacang panggang di atas telur dan tuangkan mayonis serta sos cili thai. Kemudian boleh lah di letakkan bahagian atas roti di atasnya.
  8. Untuk hasil yang lebih kemas, saya lebih suka balutkan seketika benjo dengan kertas pembungkus burger untuk memadatkan kandungan bahan dalam benjo tersebut. Lagi mudah untuk di makan, lebih sedap untuk di nikmati.. :)

No comments: