Wednesday, April 23, 2014

Terung Goreng Sambal Beraroma

Menu yang dah lama kita masak baru ni nak update..Masak ni  tahun lepas ler....Kita kalau sayur terung suka juga makan, kalau ada beli tu selalunya tak sempat nak buat apa2, selalunya my mum suka masukkan dalam asam pedas atau kari, kalau dia terpingin nak masak lah....so this time, kita beli terung sebab dah aim nak buat lauk ni.. kebetulan Yatie pun ada masak lauk ni waktu tu..so lagilah ternguap2 nak buat..My mum and me suka this dish..dad tak berapa sangat makan terung dan Mr Hubby pulak not in town waktu ni...anak2 jangan haraplah makan sayur..so 3 biji terung share dengan mak..Terimakasih ya puan punya recipe Faudziyah, sedap lauk ni ..minta izin dipanjang2kan disini pula untuk rujukan masa akan datang..:)


Terung Goreng Sambal Beraroma
Sources:-From Faudziyah Hj Ariffin
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN A
6 biji terung sederhana Panjang (dibelah 2)

BAHAN B
4 tangkai daun kari

BAHAN C (Di blend semua sekali tapi jangan terlalu hancur)
2 biji cili merah
10 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
1 biji bawang besar
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit belacan

BAHAN D
2 Camca besar Sos Tiram
1/2 sudu teh Perencah Maggi 'Cukup Rasa'-(Ayu gunakan serbuk perasa)
 (*Penting. Dengan ada nya perencah ini tidak memerlukan kita menambah asam dan lain-lain bahan tambahan)
sedikit garam

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng terung (~ 3 minit saja) dan diangkat.
2. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan B sehingga wangi.
3. Masukkan Bahan C dan Bahan D. Kecilkan api dan masak sehingga menjadi sedikit pekat dan terbit minyak dari kuah sambal.
4. Angkat dan tuangkan keatas terung yang telah digoreng tadi. Siap


10 comments:

Gee® said...

K.gee paling suka sayur terung... angkut resipi yer Ayu...

Ayu said...

Gee~ samalah kita pun suka... silakan gee kalau nak cuba...;)

maz said...

Assalamualaikum kakk....smga sihat hndaknya...waaaa sedapnyeee meratahh tuu...kita ni tdi duk pkir nk mask apa utk tghri ni..last2 cal hubby sruh beli jee...nti nk buat jgk lah trung smbal nii...

Ayu said...

maz - walkslm, alhamdullilah maz sihat ..tulah kadang2 buntu tak tahu nak masak apa..pengabisannya beli sudah..sonang cerita..heheh..silakan maz kalau nak cuba...:)

Sidratul Muntaha said...

haih..
salam kak
singgah pagi kat sini
malam tadi baru ingat nak buat moussaka
tahu2 akak dah kuarkan resepi ni
alahai..
nasik..nasik..
ehehe..
*segan la akak datang komen kat blog saya.akak lagi terer buat cake dari saya

Yatie said...

wahhhhh sedap menu mcm ni..kegemaran Yatie ni...rasanya arini nak masak terung mcm ni lagilah....terliurlah plk tngk..

Ayu said...

sidratul~ alahai mananya terer dik, akak pun bukan pandai mana..
nak dikatakan tiap kali buat kek mesti ada aje yg tak kena..
serious kek sidratul tu memang nampak sedap!!!

Ayu said...

yatie~tulah yatie, kita buat tahun lalu lepas yatie buat tulah... baru ni kita masukkan dlm blog.. tapi memang sedap terung masak ginikan...;)

Azian Nd said...

uh..mengancam!

Ayu said...

azian - kalau azian suka terung boleh cuba ni..:)