Tuesday, July 08, 2014

Lodeh Kering aka Sambal Goreng Jawa

Side dish yang kita suka sangat..Kalau mood ada rajin pasti sambal goreng macam ni kita selalu buat..yalah kalau malas satu jenis lauk aje dah ler..tak kuasa makcik tau..hehe...Sedap sambal goreng jawa aka lodeh kering ni ..I like the part cili kering di hiris atau digunting halus macam sambal goreng pengantin...Definitely will masak this again maybe for lauk raya tahun ni..Thank you Kak Jee, minta izin dipanjang2kan disini pula...

Lodeh Kering  aka Sambal Goreng Jawa
Sources:-From Kak Jee
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN2:
2 keping tahu basah
1 peket tempe-(Ayu gunakan 2 keping tempe)
10 tangkai kacang buncis-(Ayu gunakan 8 tangkai kacang panjang)
4 hati ayam-(Ayu tak letak ni sebab tak ada)
4 pedal ayam-(Ayu tak letak ni sebab tak ada)

2 biji kentang dipotong dadu-(Ayu tambah)
2 batang serai-(Ayu gunakan 1 batang aje)
2 inci lengkuas-(Ayu gunakan sehiris aje)
1 inci halia
2 labu bawang besar
2 biji bawang putih
4 biji cili merah
4 batang cili kering

dua sudu besar gula melaka-(Ayu guna 1 sudu gula pasir aje)
2 inci belacan
½ cawan santan pekat
1 keping asam gelugur (asam keping)-(Ayu gunakan asam jawa sebesar 1/2 biji telur)
petai (optional)

CARA

Tempe dan tahu dipotong dadu kecil2 dan digoreng separuh masak. Kalau terlalu garing, hasilnya menjadi keras. Asingkan.
Cili kering dan cili merah dipotong serong halus2. (Cili Kering digunting jugak serong2 dan nipis). Kacang buncis juga dipotong serong2 dan nipis2.
Lengkuas, serai dan halia di hiris nipis dan ditumbuk hingga halus. Kemudian masukkan belacan dan tumbuk sekali.
Bawang besar dimayang bulat2 dan nipis2. Begitu juga dengan bawang putih dihiris nipis.
Hati ayam dan pedal dipotong kecil2.
Setelah siap semua bahan2 tadi, panaskan kuali besar dan bubuh sedikit minyak untuk menumis bahan tumbuk. Apabila bahan tumbuk sudah wangi, masukkan bawang besar dan bawang putih serta cili. Goreng hingga agak layu kemudian masukkan hati ayam dan pedal serta petai (kalau guna). Goreng seketika. kemudian masukkan santan pekat dan juga sedikit air. Ketika ini masukkan juga gula melaka.
Apabila hati ayam dan pedal sudah masak, masukkan kacang buncis dan gaulkan seketika hingga kacang nampak sudah hampir masak. Kemudian masukkan tempe dan tahu. Bubuh juga asam keping, garam dan sedikit aji jika guna.
Gaul sampai rata dan apabila sudah naik wap, padamkan api.
Hidang bersama nasi impit. Juga sedang dimakan bersama nasi putih.
Lauk ni ada rasa masam dan manis. Kalau suka pedas, tambah hirisan cili kering. Kekadang Kjee turut hiris cili hijau dan cili api.
Bonda tidak pernah tambah sohuun dalam lauk ini. Kjee tambah petai dalam lauk ni hari tu sebab sekarang kan musim petai. Sedap sangat bubuh petai

12 comments:

Lieza said...

Salam Kak Ayu..Kabareee
Kak Sedapnya sambal jowo tu...nak buat juga la nanti...ni kalau mkn dgn nasi ambeng perghhh...sedapnya...

Aziela said...

Salam kak....

Kalau di kampung kami, sambal goreng ni memang hidangan wajib hari raya dan kenduri kahwin. Tapi, kami punya sedikit basah, agak berkuah sedikit. Dan kami campur dengan udang dan babat (perut lembu yang macam towell tu).

Sidratul Muntaha said...

salam alaik kak ayu
even kami orang jawe pun
tak bape nak tere masak sayur ni
tpi adik beradik semua pandai2 belake

cahayahidupku.blogspot.my said...

En suami akak suka sangat sayur lodeh kering ni Ayu.. tengok lodeh kering Ayu nampak sedappppp :)

Shereen said...

I also want to try to cook this dish lah... look so sedap like that:))

Ayu said...

Ezadlieza - walkslm, kabar baik dear!!..hehehe
aah mesti nak buat sedap sambal jowo ni..lepas makan nasi..ratah2 aje pun sedap..:)

Ayu said...

Aziela - walkslm, oh ya ke Aziela..kampung ziela kat mana tu ya..aah sepatutnya sambal goreng ni basah2 sikit akak kurangkan santannya tu itu yg tak berapa basah..hehehe..wah letak babat pasti lagi sedap tu kan...:)

Ayu said...

Sidratul Muntaha - walkslm, heheh..
akak yang bukan orang jawo suka sangat makan sambal goreng macam ni..tak tere pun tapi main belasah masak aje..hehehe...ada recipe oklah kan..kalau tak ada akak pun tak reti..heheh..:)

Ayu said...

Hayati - wah kalau gitu harus dicuba juga ni kan yati..samalah kita pun suka lodeh kering ni..heheh

Ayu said...

Shereen - wah!!!..lama tak dengar 'suara'..yes yes harus dicuba ni shereen..sedap ..part santan tu u adjustlah ikut banyak mana nak letak..ok..

zila norazila said...

akk klu kita x jd lauk ne .ratah gitu jew dh sdap..

Ayu said...

zila~ haha betul tu..memang tak jadi lauk...meratahnya yang lebih..hehe