Wednesday, October 01, 2014

Sambal Goreng Tauhu Tempe

Assalam, sambal goreng tauhu tempe ni selalu juga kita buat untuk side dish..selalunya kalau kita masak asam pedas atau ayam lemak padi pasti kita buat gandingan dengan sambal goreng tauhu tempe ni...Kadang2 kita makan dengan nasi impit adabi , serunding  dan sambal tumis .. macam lontong keringlah gitu..itu pun dah kenyanglah pada kita...Normally kalau raya haji kita masak sambal goreng yang simple2 macam ni aje..tak macam hari raya aidil fitri..masak sambal goreng pengantin yang memerlukan banyak waktu dan procedures..:)

Sambal Goreng Tauhu Tempe 
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
4 keping tauhu sederhana besar dipotong dadu, digoreng ketepikan
4 keping tempe dipotong dadu ketepikan
10 batang kacang panjang dihiris serong
6 sudu besar santan pekat
1/2 biji tomato  sederhana besar dipotong dadu

*2-3 sudu besar cili kisar
*1 biji bawang
* 3 biji bawang Merah
*3 biji bawang putih
*1/2 inci halia
*sehiris lengkuas
* sedikit belacan
*1 batang serai
*(bahan dikisar)

1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 biji  cili merah dihiris

air secukupnya
garam & serbuk perasa

Cara:-
Tumis bahan hiris hingga layu,  masukkan bahan *kisar tumis hingga naik bau dan garing. Masukkan tomato dadu & sedikit air. Biarkan seketika hingga tomato layu. Masukkan santan, tauhu, tempe, garam & serbuk perasa, gaul rata. Kalau kering boleh tambah air. Masak hingga kuah pekat sedikit, masukkan kacang panjang. Gaul rata dan biarkan hingga kacang panjang masak dan bahan2 sekata. Siap.

4 comments:

LiNa_Pg said...

Assalam kak ayu..nmpk sedap tu tauhu masak camni..saya suka kalau basah gini..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedap ni kak ayu.... asalkan tempe & tauhu.. mesti saya suka....

Ayu said...

lina - walkslm, aah lina, akak pun suka basah2 sebab suka colit dengan nasi impit...:)

Ayu said...

Madiha - samalah akak pun suka tauhu & tempe...buat ratah2 goreng gitu2 aje pun dah boleh buat lauk...:)