Monday, December 19, 2016

Nasi Neychoru & Ayam Mulakittathu

Nasi Neychoru ni bila kita google sebenarnya Nasi Minyak in Malayalam..dan Ayam Mulakittathu pula adalah sejenis 'Spicy Red Curry' a special delicacy of Kozhikode or Calicut (Malabar cusine, South India.). Recipe kita dapat dari puan Alina Ali kat facebook..Terimakasih ya sis..kita cuba buat memang sedappp nasi & lauknya ni...
Kita kan pantang nampak recipe Nasi berperisa macam ni..mesti nak cuba..Kita lawankan dengan Pajeri Nenas, Papadum & Acar Nenas & Timun..

Posting pada hari ini, adalah posting terakhir untuk tahun ini...macam biasa, I will take a break..maklum ler, dah hujung tahun ni..time ni ajelah kita boleh bergerak merentas lautan dalam..hehehe...

Tapi yang pasti kali ni semua dapat ikut sama, maksudnya my Hasif pun boleh pergi juga..tak macam tahun lepas dia kena tinggal sebab tengah buat Basic Military Training..tapi pun ada sedikit tak ngam sebab pergi & balik tidak bersama, disebabkan he still got some training the day we fly..so he will join us 1-2 days after we reach our destination & balik pulak we will balik dulu & he will balik a few hours later, disebabkan tiket dah habis sold out...huhu..

Bila kita  boleh start blogging balik is a question mark...faham2 ajelah kan, bila take a break tu..the momentum to pick up balik akan macam slow sikit..Tapi Insyaallah selagi kita ada mencuba & memasak recipe2 yang kita rasa nak masukkan dalam blog kita ni..insyaallah juga kita akan terus mengupdate, dalam draft pun banyak lagi posting2 yang tertangguh..walaupun kita tahu, blog sekarang ramai yang dah tak mengikuti, sebab  dah ada facebook & instragram.....Kadang2 memang terasa sunyi gitu..:(

Anyway..since I will be back from my holidays crossing over the new year.. 
Kita nak ucapkan, an advance  Happy New Year 2017
to all my friends, guests, silent follower & readers!
May all of you be blessed with good health, wealth & prosperous year ahead..Insyaallah..
Till we meet again..

Nasi Neychoru
Sources:- Alinah Ali
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan (A)
4 biji pelaga
4 biji cengkih
2 biji lawang
2 helai daun salam
1 batang kayu manis
1 biji bawang besar didadu
1 cawan minyak sapi (Ayu guna 4 sudu besar) 

Bahan (B)
2200ml air
1 sudu kecil garam

Bahan (C)
1kg beras basmathi dicuci dan ditoskan
(beras jangan direndam) -(Ayu rendam masak ikut style sendiri)

Bahan (D)
10 biji hirisan bawang kecil
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis hitam
minyak sapi seckupnya (Ayu guna minyak biasa sikir aje)

Cara:-
Panaskan minyak sapi dan goreng bawang kecil, gajus dan kismis berasingan kemudian ditoskan.
Masukkan bahan (A) didalam periuk nasi elektrik.
Masukkan bahan (B) dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan bahan(C) dan masak seperti biasa.
Setelah masak masukkan bahan (D) dan tutupkan periuk.
Biarkan selama 30 minit dan baru matikan switch.



Ayam Mulakittathu
Source:- Alinah Ali
Tried & Tested:-Ayu@ curlybabesatisfactiob
Bahan (A) 
6 tangkai hirisan lada hijau
4 biji hirisan bawang besar
1 sudu makan pes halia
1 sudu makan pes bawang putih

Bahan (B)
3 biji tomato dadu
2 pelepah daun kari
1 tangkai daun pudina
1 tangkai daun ketumbar

Bahan (C)
3 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus
1/2 sudu teh halba ditumbuk
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam masala
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan (D)
1 cawan air

Bahan (E)
1 ekor ayam
air secukupnya

Bahan (F)
1 cawan santan kotak
garam secukup rasa

Bahan (G)
6 biji hirisan bawang kecil
2 sudu makan minyak
1 sudu makan hirisan daun kari
1 sudu makan hirisan daun ketumbar

Cara:-
Panaskan minyak dan tumis bahan (A) sebentar. 
lalu masukkan bahan(B) dan balik2kan sehingga rata.
Masukkan bahan (C) dan biarkan selama 5 minit.
Kemudian kacau rata dan masukkan bahan (D) lalu tutupkan periuk dan biarkan selama 5 minit.
Buka tudung periuk dan masukkan bahan (E) dan tutupkan periuk sekali lagi.
Setelah empuk dan kuah agak pekat. Masukkan bahan (F) dan kacau pelahan sehingga rata.
Biarkan sebentar sekitar 5 minit dan terus matikan api.
Sekarang panaskan minyak dari bahan (G) dan masukkan bawang kecil.
Goreng bawang kecil sehingga layu setelah itu matikan api.
Kemudain terus tuangkan kedalam periuk yang berisi kuah tadi.
Taburkan dengan hirisan daun kari & daun ketumbar.
Hidangkan dengan Nasi Neychoru, Dalca, Acar timun serta paceri nenas.


Dalca Telur

Dalca Telur yang sedap pada kami..bahan2 kat rumah dah surut..so telur jadi lauknya..ada sedikit kacang panjang & 3 biji kentang ngam2 untuk lauk ni..kacang dhall pula nasib baik ada so..lawan pula dengan ayam goreng garam kunyit tok tok ...Alhamdullilah berselera semua yang makan....I guessed this is the last few recipes yang kita dah skodeng kat dapur Chef Tyaga ni..Terimakasih Chef for the reci[pe...this dalca telur is definitely a keeper..:)

Dalca Telur
Sources:-TyagaCook
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2:-
1 cawan toor dhall* ,direndam semalam atau lebih kurang 4 jam di rebus pakai pressure cooker sampai empuk dengan 21/2 cawan air,2cm halia tumbuk,6 ulas bawang putih dan 1 s/m jintan manis. (Ayu guna 100g dhall, 21/2 cawan air 1 sudu besar halia kisar, 2 sudu besar bawang putih kisar & 1 sudu kecil jintan manis)
10 biji telur di-rebus dan buang kulit,boleh juga kalau nak goreng. Saya malas tak goreng.(Ayu guna 5 biji telur rebus kemudian digoreng)
5-6 tangkai kacang panjang 
4 biji ubi kentang,saya pakai yang kecil (Ayu guna 3 biji aje)
2 batang carrot (Ayu 1 batang aje)
1-2 biji terung bulat, saya tak pakai pasal tak ada -(Ayu tak guna sebab tak ada stok)
3-4 chili hijau 
8 cawan santan cair atau pun air (cawan 250ml) -(Ayu guna1 kotak santan + air secukupnya) 
1 cawan santan pekat 
1 s/m air asam java 
Garam secukup rasa & serbuk perasa jika suka

Bahan tumis: (A) 
1 biji bawang besar ( memang besar pun) di hiris halus 
2 tangkai daun kari 
3 kuntum bunga cengkih & buah pelage 
2 batang kayu manis (Ayu guna 1 batang aje)

Bahan (B) 
11/2 s/m serbuk kari daging 
1 s/t serbuk chili 
1/2 s/t serbuk kunyit 
1 s/t serbuk garam masal,jika ada 
1/3 cawan minyak,boleh kurangkan

Cara:-
1. Campurkan air dengan kacang dal tadi dan masak hingga mendidh. Masukkan sayur2 ( saya masuk kacang panjang lepas ubi masak pasal nak cantik dalam gambar hehe ) masak hingga sayur masak. 
2. Tuangkan santan pekatdan masukkan garam dan air asam java. Biarkan mendidh. Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumis bahan A hingga bawang menjadi perang. Tutup api dan masuk bahan B kacau dan tuang ke dalam kuah dal. Masukkan telur dan masak hingga sebati.
 
* Ini nak bagi tahu banyak orang melayu tak tahu yang dhall ada 4 macam  1 dipanggil
kadalai paruppu ini di guna untuk membuat vadai  dan kuih2 orang india. Paruppu ini
 orangtak masak kari pasal dia lepas di rebus pun keras. 2 Paruppu Australia yang ini boleh
 masak kari. 3 toor paruppu ini pun boleh di masak kari ( saya guna yang ini). 4 mysore
 dhall warna orange ini pun boleh di masak kari dhall. 
You pakai jer lah dhall yang you orang pakai selalu.

Homemade Cream Of Mushrooms

Geram pulak bila nampak swiss black & white mushrooms ni kat rak2 supermarket..nampak fresh gitu..ada offer lagi..itu yang terus teringin nak buat cream of mushrooms sendiri..Sebelum tu, makan ni kat Nandos..tak cukup..hehe..so kita nak buat dan makan sampai kenyang.....pernah buat disini tapi sukatannya banyak..so kita half the portions and then adjusted the taste to my liking..Alhamdullilah..kasi Mr Hubby rasa..kita tanya ok tak ..dia jawap..ermm ok JADI..hehe..
Kita makan dengan toasted garlic bread (beli punya)..sedappp..lawankan pula dengan salad kat bawah tu..jadi kambing ler sekejap..hehe

Homemade Cream of mushrooms
Tried &Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
3 cups fresh white/brown mushrooms slice
1 big onions diced
1/2 chicken cube
2 cups water
1 tsp italian herbs
(Boil till soft, put aside let cool. Blend)

2 tbsp butter
3 tbsp flour
1 tbsp black pepper powder
1 tbsp crushed black pepper
1 cup milk
Salt to taste

Method:-
In a pan , melt butter add flour , whisk till not lumpy..corporated. Add in milk, black pepper powder & crushed black pepper , mushroom mixture & salt.  Let it boils till slightly thickens or up to preference. Ready to serve with toasted garlic bread.

Brokoli Goreng Chap Chye

Brokoli pula this time..goreng  chap chye..tambah telur burung, tauhu jepun & hirisan lada benggala..sedap juga kalau nak lawankan dengan nasi ayam..tapi kita makan gitu aje..makan ni sepinggan dah kenyang..nasi sesenduk aje...

Brokoli Goreng Chap Chye
Tried & Tested:-Ayu@curlyabbesatisfaction
Bahan:-
2-3 tongkol brokoli dipotong ikut suka

2 batang cili merah dihiris
1 biji bawang besar dihiris 
10 biji telur burung
21/2 biji lada merah benggala
6-10 ekor udang
2-3 sudu besar sos tiram
4 sudu kecil tepung jagung + air  (bancuh)
2 batang tofu jepun dihiris dan goreng ketepikan
11/2 sudu besar bawang putih kisar
garam + perasas secukupnya

Cara:-
Potong brokoli & rendam dalam air garam sebentar(untuk bunuh bacteria dalam sayur)
Panaskan minyak, tumis bawang bawang besar hiris & bawang putih kisar hingga naik bau. Masukkan oso tiram & udang. Masukkan brokoli yang telah dibilas dan toskan tadi. Gaul rata, tambah sedikit air. Masukkan lada benggala, telur burung & tofu jepun tadi. Gaul hingga sekata. Masukkan bancuhan air tepung jagung, garam & perasa. Gaul lagi hingga sebati. Matikan api siap untuk dihidang.


Friday, December 16, 2016

Apam Pisang Coklat

Apam pisang Coklat ni. kita buat sebab  ada orang order for kenduri tahlil dirumahnya..bila google ramai juga teman blogger dah cuba recipe ni..rata2 kata sedap ... memang betul sedap & moist...makan2 hilang sebab lembut sangat..Itu yang kita nak masukkan recipenya disini  supaya senang untuk kita buat rujukan sekali lagi...Terimakasih puan punya recipe..akak mohon dipanjang2kan disini pula ya..

Apam Pisang Coklat
Sources:- Noorana
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 2 sudu makan serbuk koko*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1 sudu teh baking powder* semua bahan diayak bersama
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cwn pisang emas yang dilecek-(Ayu guna pisang berangan aje)
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 2 biji telur (dipukul)
Cara-cara
  1. 1)Panaskan kukusan. 2) Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. 3) Masukkan bahanbahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati. 4) Masukkan dalam acuan kecil atau loyang. 5) Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.
  2. pastikan air kukusan tidak jatuh ke dalam loyang semasa menguku

Kari Ayam Chettinad


Chettinad -
The word "Chettinad" means a social caste specialising in the preparation of food. Consequently, the Chettinads are considered master chefs, and Chettinad cuisine is one of the spiciest and the most aromatic in India.

Yes another recipe from Chef Tyaga..Kari Ayam Chettinad pula...sedapp kita tambah kentang .. lebihan kuahnya kita buat cicah prata for the kids breakfast..bahan2 nampak banyak tapi kalau tengok betul2..semuanya ada kat rumah..senang nak masak pun ya..:)

Kari Ayam Chettinad
Sources:-TyagaCooks
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:- 
1 kg ayam,dipotong kechil2
1/3  s/t  serbuk kunyit
1 s/m serbuk cili
1  s/t  garam
Perap ayam dengan bahan2 di atas 1/2 jam


Bahan2 blend:
7 s/m kelapa parut
7 biji gajus
Blend dengan 1/4 cawan air sampai lumat,ketepikan
2-3 s/m minyak
2 biji bawang besar,di-hiris halus
1 s/m pes halia
1 s/m pes bawang putih
3 biji tomato masak,cengcang
1 cawan air,atau secukup nya
Daun ketumbar
Daun kari
Garam secukup rasa



Di-campur dengan sedikit air menjadi pes.
1/3 s/t serbuk kunyit
11/2 s/t serbuk ketumbar
1 1/2  s/t serbuk chili
1 s/m serbuk jintan putih
1 s/t serbuk lada hitam
1/3 s/t serbuk kayu manis
1/3 serbuk bunga cengkih


1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari hingga naik wangi. Masuk pes halia dan bawang puith tumis hingga hilang bau bawang putih. Masuk pes rempah dengan sedikit air dan tumis hingga naik minyak. Masuk tomato dan kacau rata dan masak hingga naik minyak.
2. Masukkan ayam dan kacau rata, masuk garam dan sedikit daun ketumbar dan kacau selama 8 mint. Masukkan air I cawan atau pun sampai tutup ayam. Tutup periuk dan biar ia mereneh sampai ayam 1/2 masak . Lepas tu masuk pes kelapa dan gajus dan masak hingga ayam masak. Tabur dengan daun ketumbar.