Friday, July 23, 2010

Telur Goreng Kicap

Its either, siang kita makan mee or malam, kalau siang makan mee, then malam kita makan nasi..so kalau makan nasi, lauk pun sempoi2 aje..mana yang terlarat and terbuat..haha..so lauk paling simple lauk telur goreng kicap nilah...lauk untuk budak2... malas nak perah otak ..hahaha..Ok, kita letak recipenya ya..kot2 mana tahu siapa2 yang baru nak belajar masak tu boleh lah try ... tapi yang ini versi akak/auntie ya..heheh

Ingredients:-
5-6 biji telur digoreng ketepikan
2-3 biji bawang putih dihiris
1 biji bawang besar dihiris bulat
2 biji lada hijau atau merah di belah dua
3-4 biji cili padi dihiris atau campak aje(kalau tak nak pedas campak aje atau omit this)
2-4 sudu besar kicap manis-anggaran
2-4 sudu besar kicap masin-anggaran
1/2 -1+ cawan air- anggaran
1-2 biji perahan limau sambal
garam kalau perlu & serbuk perasa

Method:-
Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan lada hijau, cili padi. gaul hingga layu. Masukkan kicap manis & masin  dan air secukupnya, biarkan  hingga mendidih.Bila dah mendidih, jus limau kacau sekejap , perasakan dengan serbuk perasa dan garam jikaperlu. Masukkan telur yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Siap untuk dihidang..

No comments: