Friday, August 20, 2010

Harum Manis

The last time I buat kuih ni kalau tak salah was last year bulan puasa juga ..heheh so basically dah 1 year lah tak buat kuih ni..tapi this time, I made in this small mould tak macam last year in big mould sebab nak lekas habis cause tinggal beberapa minit nak buka kelam kabut baru nak buat..hehe..Biasalah I buat 1/2 adunan aje..pisang pun dalam 2 biji aje..hehe

 Ingredients:-
200g gula melaka
240 ml air
3 biji telur (saiz sederhana)
135 gm gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

240g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh bicarbonate of soda
1/4 sudu teh garam

(Kesemua bahan ini diayak)

40 gm mentega dicairkan
6-7 biji pisang raja

Cara:

1) Gula melaka dimasak dengan air hingga gulanya larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
2) Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau-kacau hingga rata.

3) Masukkan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau rata-rata hingga sebati.

4) Sapukan acuan-acuan kecil (atau apa je saiz kegemaran anda) dengan mentega. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan hingga ke paras separuh penuh sahaja. Kemudian, letakkan hirisan pisang keatas adunan tadi.

5) Kukus adunan yg telah dibubuh dalam acuan-acuan tadi itu selama 15-20minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.
Sources:-From rozzan.blogspot.com

No comments: