Monday, August 02, 2010

Serimuka Pelangi


Ehem! ehem..tumpang lalu..ya..hehe..sambung balik ni...inilah kuih serimuka pelangi yang telah menawan  hati ku, yang kita ternampak di rumah  Puan Nor Terengganu. terus jatuh cinta nak buat..and nak masuk entry asik tertangguh aje..walhal dah buat last week juga ni...tapi ada sikit misadventure the yellow layer tu..nampak tak berapa rata, compared to the orange layer..kita pergi garu2 muka si yellow tu yang jadi tak rata..bukan apa tangan ni miang!..hahaha...

Recipe asal dari rumah Kak Ummi, yang diambil dari buku Chef Hanieliza., kita derhaka sikit ni.., I tambah lagi 1/2 adunan untuk mendapatkan serimuka nya lebih sikit and macam Kak Ummi, kita gunakan 1 cawan adunan for each layer..and dapatlah  3 layers aje.. Sedap kuih ni!!..Thank you ladies for sharing.... I minta izin dipanjangkan recipenya disini ya..

KUIH SERI MUKA PELANGI by K. Hanieliza
sumber : Ummi Kuantan

Bahan:-
Lapisan Bawah:-
2 1/2 cawan santan cair
2 cawan pulut - dibasuh dan direndam 3 jam
1 sudu teh garam
Lapisan Atas:-
2 cawan santan pekat -(+Ayu tambah 1 cawan lagi)
1/2 cawan tepung kastad-(+Ayu tambah 1/4 cawan)
1/2 cawan tepung gandum-(+Ayu tambah 1/4 cawan)
1 biji telor-(+Ayu tambah 1 biji)
3 sudu makan gula pasir-(+Ayu tambah 11/2 sudu besar)
sedikit garam
(beberapa titis pewarna kuning, hijau, merah dan coklat paste)

Cara-Cara:-
Lapisan Bawah :- Masukkan semua bahan lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
Apabila telah masak, angkat dari kukusan dan mampatkan pulut dengan menekan2 pulut (akak gunakan penekan kek lapis dialas dengan plastic bag). Biar betul2 padat.
Lapisan Atas:- Bancuhkan kesemua bahan lapisan atas kecuali pewarna. Kacau sebati dan tapiskan.
Bahagikan adunan lapisan pelangi (atas) kepada 4 mangkuk. (*akak bahagi 3 sahaja - lebihkurang 1 cawan setiap 3 bahagian).
Masukkan setiap mangkuk dengan beberapa titis pewarna kuning, hijau, merah dan coklat berasingan, kacau masing2 hingga sebati.
Letakkan semula loyang berisi pulut tadi di atas kukusan. Lapiskan dengan lapisan hijau dan kukus selama 10 minit.
Buat lapisan seterusnya hingga habis. Kukus setiap kali selama 10 - 15 minit. (*untuk lapisan terakhir akak kukus lebih lama lebihkurang 20 - 25 minit).
Angkat dan biarkan sejuk pada suhu bilik sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dipotong.
Hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

** utk dptkan potongan yg licin dan menarik sila potong dgn pisau plastik.


4 comments:

K.Nor said...

cik puan ayu, cantik kaler tu!!!

Watierman said...

Tersangat cun & menggoda Dik Ayu ooi!!!

indahhouse said...

salam kak ayu,
Wow! Cantiknya srimuka kak ni. warnanya pun sesuai... menggoda tekak saya ni. huhu...

Ayu said...

Nor - thank you Nor..hehe..if only the yellow layer tu perfectkan lagi best..hehe

watierman - hahah thank u kak..

indahhouse - walklsm, hahah..nasib baik menggoda tekak, tak goda yg lainkan nur..hehehe