Monday, August 23, 2010

Sotong Goreng Belacan

Recipe taken from CMG, thanks ya Che mat..as usual copy & paste kat sini juga..tak boleh nak  cakap panjang2 & lama2 kat computer ni.. .. while waiting for Iqram to finish his papers that I gave him..dia tengah CA2 .. ler esok Maths paper.....I upload lah mana yang boleh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor sotong saiz besar
2 biji cili hijau, hiris serong
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar sos tiram
1/2 inci belacan + 2 camca besar air = larutkan
Sedikit air, untuk kuah
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, asingkan kepala dari badan, buang mata dan paruh sotong, manakala badan sotong potong gegelang, cuci sekali lagi dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan cili hijau, kacau rata hingga layu. Masukkan sos tiram dan belacan tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan sotong, masak hingga sotong berubah warna, tuang air dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segeran bersama nasi hangat..
Sources:-From  tiffinbiru.blogspot.com

2 comments:

Yat Maria said...

Akakkkk...sutun ku sukerrrrrr :)

Ayu said...

yat maria - hehhe..ku jugerrrrr..