Sunday, August 15, 2010

Udang Lemak Nenas

 Lauk sahur. Udang lagi!..hehe..well my mum terpingin nak makan udang lemak nenas ni..so here it is..recipe from Cheiza sedapp..minta halal ya iza akak post kan kat sini pula

  Bahan-bahan ( satu family (ikut perutlah saiz apa) )
  • 1. 1/2kg udang
  • 2. 1biji nenas
  • 3. *4 biji bawang merah
  • 4. *3 ulas bawang putih
  • 5. *1/2 inci kunyit hidup
  • 6. 2 sb ladah boh/ lada giling-(Ayu gantikan dengan *20-25 biji cili padi)
  • 7. Sedikit belacan ( agak-agaklah tapi tak de pun tak pe)
  • 8. 1 batang serai
  • 9. garam, gula dan pak aji kalau suka
  • 10. 1 1/2 cawan santan pekat (300gm). Saya guna santan kotak ayam brand yg kecil 1 1/2 kotak.
  • 11. 2 cawan air ( kepekatan dan banyaknya kuah ni ikut citarasa masing2)

Cara-cara

  1. Bersihkan udang dang buang muncung dia.
  2. Potong nenas ikut suka.
  3. Tumbuk bahan-bahan bertanda *. Masukkan air ke dalam periuk bersama lada boh, belacan dan serai yang dititik. Masak sampai mendidih.
  4. Masukkan nenas yang sudah dipotong dan masak hingga nenas separuh masak.
  5. Masukkan santan pekat ke dalam periuk. Kena jagalah jangan sampai pecah santan.
  6. Bila kuah dah mendidih masukkan udang. Bolehlah letak garam, gula dan perasa ikut sesedap rasa. Jangan masak udang lama sangat sebab nanti hilang manis dia dan isi udang akan jadi keras. 
Sources:-From cheiza@myresipi.com

No comments: