Friday, December 10, 2010

Telur Masak Taucu

This dish was for Marsya yang tak boleh makan pedas..biasalah kalau masak lauk pedas kena ada lauk yang tak pedas..kalau betul2 malas nak masak lauk lain, I  kasi dia kicap aje..hehe..boleh gitu..bukan apa, kadang2 kita kasi ayam yang dah dicubitkan dia luehkan, dia cakap nak nasi aje..haish....

Recipe, was taken from mesra.net, tapi sejak kebelakangan ni that website tak boleh  masuk, nasib baik I already printed out the recipe..

Ingredients:-
3-5 biji telur
3 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1biji lada merah dibuang bijinya dihiris-(Ayu tambah)
1 inci halia-(Ayu gunakan sikit aje)
1 sudu besar taucu
sedikit asam jawa
1 sudu kecil gula
minyak untuk menumis
garam secukupnya kalau perlu- sebab taucu dah masin


Method:-
Goreng telur mata lembu/kerbau macam biasa. Gunakan minyak sedikit.Jangan sampai garing, kalau goreng separuh masak lagi sedap. Angkat telur dan letakkan dalam pinggan. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau. Masuukan taucu(kalau minyak sikit sangat, nanti taucu hangit jadi tambah air panas kalau nampak macam nak hangit.) Masukan air asam jawa. Kalau nak sedap, asam direndam dengan air panas supaya pekat. Masukkan gula. masak sampai mendidih dan kuah pekat. Tuangkan kuah diatas telur.
Sources:-From resepi.mesra.net

2 comments:

Yani said...

sy suka ikan ke..telur ke yg msk taucu tp my hb takleh bau taucu. dia kata teringat makanan kat asrama sekolah.. oohoho ada pulak gitu. nak msk kena tunggu time dia takde.

Ayu said...

yani - oh ya ke yani..haha..makanan kat asrama sekolah tu tak sedap lah tu itu yg hubby yani teringat2 dan tak mau makan..haha..samalah mcm hubby akak kalau nasi beriani dia tak suka so kalau nak makan kena tungu bila dia tak ada..