Friday, April 08, 2011

Makaroni Sup Udang

Assalam, cepat2 nak masuk kan entry ni..heheh..kelam kabut akak mu ini menaip sebab nak masukkan a few recipe hari ni...Ok bila tak ada mood nak makan nasi, mesti nak makan something else kan..so TERbuat makaroni sup udang ni ler.buat time kita kemalasan nak masak lauk dan mood nak makan nasi merundum jatuh dari tingkat empat rumah kita ke bawah parking lot....heheh  pernah buat disini. Tapi kali ni kita tukar main player nya, dan gunakan apa yang ada dalam fridge..recipe asal dari CMG...maceh ya mat..akak letak lagi sekali  recipe ni disini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang sederhana besar + beberapa ekor sotong
1 kiub pati ayam "MAGGI"
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang
1/2 inci halia, diketuk
1 liter air
1 mangkuk kecil bunga kobis yang dipotong sekuntum2
1 biji tomato belah 8
3 batang putih jagung, hiris serong setiap satu
1 keping fish cake, hiris nipis
1 pokok daun bawang potong kasar
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1/4 camca teh minyak bijan
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
500 g mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan-(Ayu gantikan dengan makaroni)
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Cili jeruk atau sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, kerat hujung kepalanya, lumur dengan garam dan jus lemon, perap sekajap, cuci kembali dan toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak masak + minyak bijan, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Tuang air dan masukkan kiub ayam maggi, biar mendidih.
  3. Tambah udang, fish cake, bunga kobis dan lada hitam, kacau dan biar masak perlahan. Masukkan daun bawang, putih jagung dan juga tomato. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Mee kuning dialih kedalam bekas yang sesuai. Tuang kuah tadi atas mee, hias dengan taburan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama cili jeruk atau pun sambal kicap. Sedap dimakan panas2...
Sources:-From tiffinbiru.blogspot.com

2 comments:

Unknown said...

sedapnya sup ni kak...nieza pun kekadang malas nk msk lauk pauk mkn mcm ni pun sodap..hehe

Ayu said...

nieza - aah nieza, my kids suka dengan makaroni sup..slurp slurp aje dia orang makan..& hirup kuahnya tu..
kadang2 bila malas memang senang aje masak ginikan..hehe