Wednesday, February 20, 2013

Tenggiri Masak Garo Rica

Dalam fridge ada 2 ekor ikan tenggiri....kalau tanya my parents, nak masak apa....asam pedas aje lah dia orang kata..huhu...so this time, nak cari recipe lain sikit dari biasa..surf the net, terus terbekan dengan recipe dayang ni..tanpa berlengah teruskan project..ermm, sangat menepati citasara kami..sedapp..lain dari yang lain.. Thank you Dayang for this marvelous recipe..akak minta izin dipamerkan disini pula ya..

Tenggiri Masak Garo Rica
sumber : Majalah Sedap, Mac 2010
adaptasi : DayangJack@DapurKu SaYang

Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction

bahan-bahan :

  • 500 g kepingan ikan tenggiri
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • sedikit garam
  • 8 biji bawang merah (dihiris nipis) - boleh juga dikisar jika suka-(Ayu Kisar)
  • 2 batang serai (diketuk)-(Ayu kisar)
  • 2 sudu besar cili giling/cili kisar
  • 3 helai daun bay (optional)-(Ayu tak letak)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • air secukupnya
  • 2 sudu besar kicap manis
  • sedikit serbuk lada sulah

bahan-bahan kisar :

  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili merah (dibuang biji)-(Ayu 10 batang gunakan cili padi)
  • 6 biji buah keras (disangai)-(Ayu tak sangai - gunakan 4 aje)
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Perapkan ikan bersama air asam jawa dan garam selama 30 minit(Ayu perap dengan jus limau, garam & kunyit). Kemudian, gorenglah dengan api sederhana sehingga berkulit. Jangan goreng terlalu lama supaya tidak keras. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, serai, daun bay, bahan kisar dan cili giling/kisar hingga terbit aroma dan pecah minyak.
  3. Masukkan ikan tenggiri dan kacau hingga tersalut rempah.
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit, kicap manis, garam dan serbuk lada sulah. Masak hingga pekat dan rempah menyerap. 
  5. Hidangkan setelah masak.

4 comments:

Shereen said...

I love ikan tenggiri but so far I tak pernah nampak kat NZ ni. I selalu just lumurkan with asam Jawa and pan fry it until garing. Tuang kan inside a plate together with the minyak sekali and tuang kicap lemak manis and if u like patah kan cili. Eat with nasi panas best! Just that 1 lauk is enough for me.

Ayu said...

shereen - ikan tenggiri mungkin kat NZ, tak ada sebab orang putih tak berpa suka kot?..ikan tenggiri ni macam2 actually boleh masak..kari, asam pedas, lemak, sambal, goreng dan sebagainya..tapi kita suka tenggiri papan instead of tenggiri batang, itu my mum yang suruh kita beli kalau nak beli ikan nilah..

Unknown said...

bookmarked....love to try this recipe

Ayu said...

Gk - Should try this dish sedap pada tekak kami..:)