Monday, May 06, 2013

Nasi Komok Burung Puyuh & Kerabu Mangga


Ermm nasi komok again???..Well, this dah jadi favourite my family dah..including Mr Hubby...Kali ni masak nasi komok digandingkan dengan burung puyuh..dan using upgraded version yang telah dikongsikan oleh Azian..If were to compare ayam dengan burung..honestly we prefer burung dari ayam for this nasi....Tengok tu, 20 ekor burung puyuh..just for 7 of us..yalah burung kan kecil..so 1 orang 1 ekor memang tak cukup..haha..so kena at least 2 ekorlah kan..
Oh ya kalau teman2 yang diSingapura ni nak tahu mana kita dapatkan burung puyuh ni..You guys boleh pergi ke Farmart ya..cari kedai 'Uncle William'..kedai ni ada jual burung puyuh halal ya..so siapa2 yang nak beli tu bolehlah check it out ..
Updated 18/5/2013- ternampak juga burung puyuh ada dijual di Giant Tampiness..:)

Nasi Komok Burung Puyuh- Upgraded Version
Sources:-From Azian Collections
Tried & Tested:- From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam -(Ayu gunakan 20 ekor burung puyuh)
3 sudu besar rempah Komok
4 cawan beras basmathi -(Ayu gunakan 6 cawan beras)
6 cawan (cwn sama ukuran beras)+ 1 mangkuk air -(Ayu gunakan 9 cawan air -61/2 cawan + *1 cawan susu.untuk masak nasi then - 3 cawan untuk blender sos cili)
1/2 tin susu cair -(Ayu gunakan *1 cawan dari sukatan cawan untuk beras)
Rempah Penumis
(1 kayu manis, 3 bunga lawang, 3 pelaga, 5 cengkih)-(Ayu gunakan 1 kayu manis, 1 bunga lawang, 3 pelaga, 3 cengkih)

6 ulas bawang merah*
(2 ulas di mayang halus)-(Ayu hiris nipis semuanya)
3 ulas bawang putih*
(1 ulas dimayang halus)-(Ayu hiris nipis semuanya)
1 1/2 inci halia
(1/2 inci dimayang halus)-(Ayu hiris nipis semuanya)
2 sudu minyak sapi
2 sudu marjerine-(Ayu gunakan butter)
2 sudu minyak masak
1 cube stok ayam-(Ayu tambah)

BAHAN UNTUK SOS
-(Ayu gunakan 3 cawan air dari merebus ayam/burung tadi)
 8-10 ulas cili padi-(Ayu gunakan segenggam)
2-3 biji cili merah-(Ayu tak gunakan ini)
3 biji bawang putih -(Ayu tambah)
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
5 tangkai daun ketumbar
2 sudu cuka-(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
garam dan gula secukup rasa -(Ayu gunakan 1 sudu besar gula + garam)


CARA PENYEDIAAN:-
1. Potong ayam(selalunya saya potong 16) cuci dan toskan. Cuci juga beras basmathi, rendam selama 10 minit dan toskan.
2. Kisar bahan yang bertanda *-(Ayu hiris nipis).
3. Panaskan minyak sapi, marjerine. dan minyak. Bila dah cair masukkan rempah penumis dan bahan yang telah di mayang halus masak sehingga kekuningan.
4. Masukkan pula rempah komok yang telah di bancuh bersama sedikit air. Kacau rata dan masukkan air(9 cawan air tadi).
5. Apabila air menggelegak, masukkan ayam. (saya masukkan juga batang, akar  serta sedikit daun ketumbar)
6. Apabila ayam telah hampir masak, keluarkan dari periuk dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sebuk kunyit dan garam (kali ini saya lumurkan juga dengan sedikit rempah komok)-(Ayu lumurkan dengan bawang kisar, bawang putih kisar, halia kisar, cili kisar, kunyit serbuk, garam + perasa +1 sudu besar rempah komok)
7. Goreng ayam kekuningan tetapi jangan terlalu garing nanti ayam menjadi agak kering.
8. Keluarkan semangkuk air rebusan ayam untuk sos. 
9. Masukkan beras kedalam periuk nasi dan curahkan kesemua bahan dan air rebusan ayam tadi.
10. Masukkan juga susu cair dan garam secukup rasa. Biarkan nasi masak dan kering.
11. Kisar cili dan daun ketumbar bersama air rebusan ayam yang di ketepikan tadi. 
12. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih. Apabila telah mendidih, masukkan cuka, gula dan garam secukup rasa. Renihkan sehingga kuah agak pekat.
13. Hidangkan Nasi Komok bersama daun salad, ketumbar dan timun.

# Enak juga dimakan bersama kerabu mangga.
Penggunaan marjerine melembutkan lagi nasi.


This time, kita gandingkan juga dengan kerabu mangga..wah memang complete set lah kiranya ni...kerabu mangga ni kita adjust ikut selera tekak kita ya..so kalau teman2 nak cuba..adjustlah mana yang patut dan juga ikut selera masing2..

Kerabu Mangga versi Ayu

Tried & Tested: Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2:-
2 biji mangga muda yang mengkal dibuang kulitnya dan shredded
*2 biji bawang putih ditumbuk halus
*3 sudu besar udang kering direndam dan tumbuk halus
segenggam cili padi atau ikut kepedasan ditumbuk kasar atau  dihiris
beberapa bawang merah(kecil) dihiris nipis
ikan bilis digoreng ikut suka berapa banyak
kacang goreng ikut suka berapa banyak
2 biji jus limau sambal
4 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula

Gaulkan semua bahan hingga rata..Rasa apa yang patut dan hidang secepat mungkin. Kalau dah lama takut nanti mangga jadi lembik dan tak rangup lagi..
 

No comments: